CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 15 Mei 2009

Karangan Laporan

KARANGAN JENIS LAPORAN
1.Karangan jenis laporan merupakan karangan berformat. Oleh itu, anda perlu mengikut ciri-ciri yang terkandung dalam format laporan yang lengkap.

2.Karangan jenis laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa dengan tujuan untuk memberitahu pihak yang berkenaan.

3.Secara amnya, terdapat beberapa jenis laporan, iaitu membuat laporan tentang kegiatan persatuan atau kelab, loparan tentang lawatan sambil belajar, pameran, majlis atau sambutan perayaan, pertunjukan, upacara hari kebesaran, dan sebagainya.

.Tajuk yang dikemukakan dalam peperiksaan, lazimnya meminta anda bertindak sebagai pengerusi persatuan atau kelab, setiausaha jawatankuasa atau pertubuhan yang berkenaan; dan di sini anda diminta menyediakan sebuah laporan yang lengkap berkenaan dengan sesuatu perkara atau aktiviti yang telah dijalankan.

5. Contoh-contoh tajuk karangan jenis laporan:
(a). Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah, anda telah diminta untuk menyediakan sebuah laporan yang lengkap berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang tahun. Tuliskan sebuah laporan yang lengkap untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
(b). Baru-baru ini, Kelab Kaunseling sekolah anda telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Ehsan, Jalan Tutong. Selepas lawatan tersebut, guru kaunseling sekolah meminta anda menyediakan sebuah laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan anda hasil lawatan itu.
(c). Pada minggu yang lalu, sekumpulan pelajar sekolah anda terlibat dalam satu pergaduhan dengan tiga orang pelajar sekolah yang lain di dalam kawasan sekolah anda. Sebagai ketua pengawas, anda diminta untuk menyediakan sebuah laporan tentang kejadian tersebut kepada guru disiplin sekolah. Tuliskan laporan tersebut dengan selengkapnya.
(d). Anda selaku setiausaha jawatankuasa 'Sambutan Hari Guru' sekolah pada tahun ini, anda dikehendaki menyiapkan laporan tentang sambutan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah tahunan sekolah. Sediakan laporan itu selengkapnya.



(A)
Laporan tentang Kegiatan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah St Margaret Seria.
Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini dibentuk pada tahun 1986. Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 360 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sepanjang tahun 2008, persatuan ini menjalankan beberapa kegiatan. Kegiatan-¬kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah pertandingan kuiz antara tingkatan. Kuiz ini dimenangi oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan Tiga ‘A.
Selain itu kami telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperoleh pengetahuan tentang perkembangan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Di samping itu, pada cuti penggal kedua persekolahan, kami turut mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan bersempena dengan Hari Terbuka Sekolah. Pameran ini mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.
Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Hakim Ahmad yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, (C) 15 April 2008 (D)



……………………………………(E)
(MOHD RIZUAN RIZA) (F)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah St. Margaret. (G)
Seria.

(A) Tajuk Laporan (B) Isi Laporan (C) Pengakuan pelapor
(D) Tarikh Laporan (E) Tandatangan Pelapor
(F) Nama Pelapor (Huruf besar) (G) Jawatan Pelapor