CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 25 Oktober 2009

Karangan O level

Masalah Sosial Yang Di Kesan Dalam Kalangan Pelajar

o Pengenalan
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
o
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.
o 2.0 Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar
Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian.
o
Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).
o 3.0Masalah-MasalahSosialPelajar

o 3.0.1 SeksBebasDanJenayahSeksual
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
o
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.
o
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
o
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
o
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini ? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar.
o
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja.
Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
o 3.0.2 Samseng DanGengsterisme
Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
o
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.
o Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.
 PontengSekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan.
Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.
o
Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya..

3.0.4 BlackMetal
Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.
o
Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita.
o
Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.
o 3.0.5 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam.
o
Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.
SEKOLAH adalah tempat pelajar-pelajar mendapat ilmu secara teori dan amali. Kurikulum pembelajaran telah disusun dan diadun mengikut acuan pendidikan Malaysia. Sebelum merdeka, pendidiknya dedikasi dan garang tapi hasilnya membanggakan walaupun prasarana sekolah menyedihkan. Masalah disiplin memang ada tetapi tidaklah menjadi budaya seperti sekarang.
Hari ini, pelajar-pelajar nakal telah menjadi pelajar-pelajar samseng, siapa hendak dipersalahkan? Generasi hari ini tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak. Puncanya mungkin:
* Ramai rakyat terpelajar
* Kemudahan guaman
* Pengaruh media elektronik
* Pengaruh rakan
* Pengaruh hiburan
* Resapan dakyah politik
* Masalah keluarga
* Masalah ekonomi
* Masalah kakitangan sekolah
* Masalah PIBG
* Masalah pegawai
Masyarakat hari ini majoritinya bijak-bijak belaka. Walaupun golongan marhaen tidak berkelulusan tinggi tetapi mereka dapat mengeluarkan pendapat, yang bernas. Malangnya bila diajukan pendapat, pihak atasan akan menemplak seperti ''Awak ni siapa?''. ''Apa kelulusan hang?''. ''Apa pekerjaan kau?'' ''Mu apo tahu'', ''Hang tahu tak saya ni pegawai'' dan lain-lain dugaan yang diterima.
Kemudahan guaman: Pada hari ini juga, sudah menjadi trend masyarakat menggunakan khidmat guaman. Bila anak menimbulkan masalah di sekolah, pihak sekolah dipersalahkan. Ini kerana apa? Mereka ini ada wang lebih. Hendak menjaga identiti konon. Pelajar akan mencawat ekor.
Pengaruh media elektronik: Hari ini setiap rumah mempunyai alat media elektornik. Yang diminati oleh pelajar ialah perisian budaya kuning, budaya bahasa dan budaya merah dalam perisian program televisyen dan komputer. Budaya kuning seperti keterlaluan seks. Budaya merah iaitu keganasan seperti wrestling. Satu lagi budaya bahasa lepak. Budaya ini mudah mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah. Penggunaan komputer memang wajib tetapi tidak terkawal. Penggunaan Internet dan e-mail banyak disalahgunakan. Naluri pelajar dan memang suka membuat perkara yang ditegah.
Pengaruh rakan 'berkawan biar ramai': Ia boleh dikategorikan seperti rakan sepermainan, seperjalanan, bantal dan seperjuangan. Pelajar hari ini terbahagi kepada beberapa kumpulan:
a. Kumpulan yang suka bersendirian
b. Kumpulan yang suka mengganggu dan mengacau
c. Kumpulan yang menjadi pak turut sahaja
d. Kumpulan yang sukakan buku (book worm)
e. Kumpulan ala samseng.
Pelajar-pelajar dari kumpulan suka bersendirian, pak turut dan sukakan buku menjadi mangsa pelajar-pelajar kumpulan pengacau dan samseng. Pelajar-pelajar ini suka merosakkan harta benda sekolah, tempat awam, merokok, mengganggu, menonton video lucah, mengugut, mengurat, peras ugut, mempengaruhi pelajar-pelajar lebih secara paksa melakukan vandalisme. Mereka bijak membuat helah, pembohong, mencuri, menunggang dan memandu tanpa lesen.
Lepak, ponteng sekolah, melawan guru dan melanggar peraturan sekolah. Mereka tidak boleh ditegur, risikonya pelajar lain jadi mangsa, kereta guru dicakar, guru dipukul, bangunan sekolah diconteng dan dibakar.
Kumpulan ala samseng ini terdapat di sekolah menengah biasa dan berasrama. Kumpulan ini mempunyai tanda pengenalan seperti di dagu (hakko), tatoo, telinga bertindak (lelaki), kepala botak, logo pada beg sekolah dan banyak lagi.
Pengaruh hiburan: Hiburan memang menyeronokkan. Naluri pelajar memerlukan lebih hiburan. Hiburan seperti untuk 18 tahun ke atas menjadi tarikan. Betapa rapuhnya iman pelajar.
Politik: Terlalu fanatik dan kefahaman politik yang cetek menghasilkan orang yang tiada pegangan hidup. Mereka hilang segalanya dalam masyarakat dan keluarga. Semua ini mempengaruhi minda dan tabiat pelajar. ''Bapa borek anak rintik''.
Masalah keluarga: Institusi keluarga akan porak-peranda jika keluarga suka bertengkar, sentiasa mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak. Suka memburukkan keluarga kepada anak-anak, jaga tepi kain orang, menunjuk-nunjuk dan mengamal sikap benci membenci. Tidak suka bergaul dengan masyarakat. Suka melepaskan geram kepada anak-anak. Tidak bersifat keterbukaan terhadap isu-isu semasa.
Meninggalkan anak dengan pengasuh. Mengamalkan pilih kasih. Segala kerenah ini menjadi ikutan. Anak menjadi mangsa, terbiar, stressed, tensyen dan radikal. Mereka mencari jalan keluar secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar, mengambil dadah, hidu gam dan menjadi samseng.
Masalah ekonomi: Jika ekonomi tidak mantap, hidup akan melarat dan berlakulah perangai yang tidak baik seperti mencuri, mencopet, bunuh orang, menyamun, masuk kumpulan haram, menipu dan pembohong. Tidak takut kepada undang-undang. Janji hidup mewah.
Masalah di sekolah: Di sekolah, terdapat guru yang pentingkan status dan terlalu tegas. Mementingkan bidang akademik tetapi kurang beri perhatian kepada bidang kokurikulum dan sahsiah. Falsafah pendidikan negara memberatkan pendidikan yang seimbang. Suka mementingkan diri sesudah diberi pangkat dan kuasa. Suka menggunakan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar. Guru suka berkelompok ibarat parti pembangkang dalam Parlimen.
Pentadbir tidak gunakan budi bicara dan psikologi dalam segala urusan. Terlalu terkongkong dengan surat pekeliling. Pengurus sekolah tidak kreatif dan inovatif. Tidak gunakan psikologi dalam menangani sebarang masalah. suka pandang rendah kepada orang bawahan. Tidak menganggap pelajar seperti adik atau anak. Asyik memikirkan soal gaji dan aktiviti menambahkan pendapatan sahaja. Semua ini diperhatikan oleh pelajar. ''Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.''
Masalah PIBG: Peranan PIBG membantu memajukan sesebuah sekolah hingga cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan keceriaan sehingga zero defect. Ada PIBG sekolah kurang aktif dan membiarkan sekolah terumbang-ambing. Terdapat PIBG yang suka mencampuri hal pentadbiran sekolah. Sekolah akan hancur dan akhirnya pelajar menjadi mangsa.
Masalah pegawai: Disebut 'pegawai' seseorang itu ada yang berasa ego. Pegawai yang lupa daratan dan egoistik tidak disukai oleh para pendidik dan pelajar. Mereka hendak dihormati, cakap tak boleh dibangkang, cakap orang bawahan tidak perlu didengar. Mereka tidak dapat menyelesaian sebarang masalah, Implikasinya, prestasi sekolah akan merosot. Cubalah ikut perangai Robin Hood.
Masalah disiplin pelajar menengah dan rendah hari ini memang sudah sampai ke tahap serius, tetapi tidaklah seteruk di Amerika. Kaunselor sekolah gagal mengkaunseling pelajar bermasalah. Pelajar bermasalah bertambah pada hujung tahun. Guru disiplin pula berlagak garang tetapi pelajar-pelajar tidak mengindahkannya. Pengawas sekolah bermuka-muka, suka melihat rakan kena denda. Ini membuatkan pelajar-pelajar berdendam. Warden asrama tidak diberi kursus khas.
Mereka tidak tegas terhadap pelajar-pelajar di asrama. Ramai yang menghisap rokok dan membuli pelajar junior. Pelajar-pelajar junior tidak boleh mengadu, kalau mengadu lagi teruk kena belasah. Kalau guru bertanya mesti beri jawapan pembohong. Pelajar senior mengambil barang keperluan pelajar junior sesuka hati. Warden hanya tutup mata dan sumbat telinga apabila ada pengaduan. Mereka menganggap ini perkara biasa. Beginilah budaya kehidupan di asrama? Inilah bunga kepada gejala samseng.
Cadangan
* Semua pihak mesti mengamalkan sikap mesra, berbudi bicara, berpsikologi dan hormati maruah.
* Jangan menangani masalah keras dengan tindakan yang keras kerana risikonya tinggi dan tiada kesudahannya. Amalkan konsep menang-menang (win-win situation).
* Semua pihak perlu memahami psikologi dan naluri pelajar. Anggapan pelajar sekolah rendah mereka sudah dewasa dan pelajar sekolah menengah anggap mereka sudah matang kedewasaannya.
* Jangan dikerasi, dicabar, ditengking, dimalukan dan dibohongi. Pelajar akan bersikap liar, panas baran, drastik dan melawan.
* Beri perhatian serius, berbincang, didampingi dan tunjukkan contoh yang baik sebagai teladan.
* PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi dengan moto 'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah'.
* Pegawai mesti bersikap terbuka dan anggaplah setiap warga sekolah sebagai sahabat.
* Warden jangan terlalu emosional terhadap pelajar asrama. Jangan dera pelajar sesuka hati dan beri kuasa mendenda kepada pelajar senior.
* Berfikir panjang sebelum merotan pelajar semasa perhimpunan. Implikasinya tiada noktahnya.
* Memberi kuasa disiplin kepada semua guru akan mengeruhkan lagi keadaan.
Jika amalkan formula ini, insya-Allah pelajar berasa diri dihargai, sayangkan sekolah, ibu bapa, pegawai, warga sekolah dan masyarakat. Mereka akan menjadi manusia (bukan jadi orang) yang berharga dan berguna satu hari nanti. Insya-Allah, akan diberkati Allah.
Raju keluar dari sebuah tandas awam sambil merungut-rungut. Tandas itu tidak terurus dan berbau busuk. Ketika hendak menyeberangi jalan, dia terpandang akan rakannya, Salim. Salim kelihatan merungut-rungut seorang diri di pondok telefon.
Raju : Apakah yang kaurungutkan, Salim?
Salim : Kautengoklah sendiri, semua telefon di sini rosak. Yang satu itu wajarnya diputuskan. Yang di tengah pula gagangnya pecah. Dan yang ini, lubang tempat memasukkan duit disumbat dengan kertas.
Raju : Ini tentu perbuatan budak-budak nakal, Lim.
Salim : Betul katamu. Sekarang ini vandalisme makin menjadi-jadi. Contohnya, semua telefon ini rosak. Di sana itu pula, bangku tempat menunggu bas dirosakkan. Risau aku melihatnya. Lama-lama nanti semua benda dijahanamkan.
Raju : Bukan itu saja, kepala paip dan pam air di dalam tandas awam pun dijahanamkan. Sudahlah begitu, macam-macam tulisan yang tidak senonoh dicontengkan pada dinding tandas.
Salim : Nampaknya kempen anti-vandalisme tidak begitu berkesan.
Raju : Remaja nakal selalu bertindak mengikut perasaan. Harta benda awam dijadikan mangsa. Mereka yang selalu melakukan vandalisme patut ditangkap dan dikenakan denda yang berat, misalnya, dirotan, diminta mengganti harta benda yang dirosakkan atau didenda melakukan kerja-kerja kebajikan.
Salim : Bagus cadanganmu itu. Tetapi aku terpaksa pergi dulu. Aku hendak mencari telefon awam yang lain. Ada hal penting yang nak kuberitahukan kepada isteriku.
Raju : Baiklah, nanti kita berjumpa lagi.



o
o Penutup
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
o
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
o
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan.
Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.
Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.