CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 25 Oktober 2009

MEDIA MASSA

Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial.

Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun, pada era teknologi maklumat kini, mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala media elektronik pula iaitu Internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial.

Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.

Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi.

Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.

Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia.

Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber.

Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar gelap. Di pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang semangat kepimpinan dalarn diri.

Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Hasilnya lahirlah generasi yang menjadi ‘robot’ dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu

Karangan O level

Masalah Sosial Yang Di Kesan Dalam Kalangan Pelajar

o Pengenalan
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
o
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.
o 2.0 Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar
Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian.
o
Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).
o 3.0Masalah-MasalahSosialPelajar

o 3.0.1 SeksBebasDanJenayahSeksual
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
o
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.
o
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
o
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
o
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini ? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar.
o
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja.
Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
o 3.0.2 Samseng DanGengsterisme
Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
o
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.
o Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.
 PontengSekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan.
Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.
o
Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya..

3.0.4 BlackMetal
Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.
o
Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita.
o
Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.
o 3.0.5 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam.
o
Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.
SEKOLAH adalah tempat pelajar-pelajar mendapat ilmu secara teori dan amali. Kurikulum pembelajaran telah disusun dan diadun mengikut acuan pendidikan Malaysia. Sebelum merdeka, pendidiknya dedikasi dan garang tapi hasilnya membanggakan walaupun prasarana sekolah menyedihkan. Masalah disiplin memang ada tetapi tidaklah menjadi budaya seperti sekarang.
Hari ini, pelajar-pelajar nakal telah menjadi pelajar-pelajar samseng, siapa hendak dipersalahkan? Generasi hari ini tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak. Puncanya mungkin:
* Ramai rakyat terpelajar
* Kemudahan guaman
* Pengaruh media elektronik
* Pengaruh rakan
* Pengaruh hiburan
* Resapan dakyah politik
* Masalah keluarga
* Masalah ekonomi
* Masalah kakitangan sekolah
* Masalah PIBG
* Masalah pegawai
Masyarakat hari ini majoritinya bijak-bijak belaka. Walaupun golongan marhaen tidak berkelulusan tinggi tetapi mereka dapat mengeluarkan pendapat, yang bernas. Malangnya bila diajukan pendapat, pihak atasan akan menemplak seperti ''Awak ni siapa?''. ''Apa kelulusan hang?''. ''Apa pekerjaan kau?'' ''Mu apo tahu'', ''Hang tahu tak saya ni pegawai'' dan lain-lain dugaan yang diterima.
Kemudahan guaman: Pada hari ini juga, sudah menjadi trend masyarakat menggunakan khidmat guaman. Bila anak menimbulkan masalah di sekolah, pihak sekolah dipersalahkan. Ini kerana apa? Mereka ini ada wang lebih. Hendak menjaga identiti konon. Pelajar akan mencawat ekor.
Pengaruh media elektronik: Hari ini setiap rumah mempunyai alat media elektornik. Yang diminati oleh pelajar ialah perisian budaya kuning, budaya bahasa dan budaya merah dalam perisian program televisyen dan komputer. Budaya kuning seperti keterlaluan seks. Budaya merah iaitu keganasan seperti wrestling. Satu lagi budaya bahasa lepak. Budaya ini mudah mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah. Penggunaan komputer memang wajib tetapi tidak terkawal. Penggunaan Internet dan e-mail banyak disalahgunakan. Naluri pelajar dan memang suka membuat perkara yang ditegah.
Pengaruh rakan 'berkawan biar ramai': Ia boleh dikategorikan seperti rakan sepermainan, seperjalanan, bantal dan seperjuangan. Pelajar hari ini terbahagi kepada beberapa kumpulan:
a. Kumpulan yang suka bersendirian
b. Kumpulan yang suka mengganggu dan mengacau
c. Kumpulan yang menjadi pak turut sahaja
d. Kumpulan yang sukakan buku (book worm)
e. Kumpulan ala samseng.
Pelajar-pelajar dari kumpulan suka bersendirian, pak turut dan sukakan buku menjadi mangsa pelajar-pelajar kumpulan pengacau dan samseng. Pelajar-pelajar ini suka merosakkan harta benda sekolah, tempat awam, merokok, mengganggu, menonton video lucah, mengugut, mengurat, peras ugut, mempengaruhi pelajar-pelajar lebih secara paksa melakukan vandalisme. Mereka bijak membuat helah, pembohong, mencuri, menunggang dan memandu tanpa lesen.
Lepak, ponteng sekolah, melawan guru dan melanggar peraturan sekolah. Mereka tidak boleh ditegur, risikonya pelajar lain jadi mangsa, kereta guru dicakar, guru dipukul, bangunan sekolah diconteng dan dibakar.
Kumpulan ala samseng ini terdapat di sekolah menengah biasa dan berasrama. Kumpulan ini mempunyai tanda pengenalan seperti di dagu (hakko), tatoo, telinga bertindak (lelaki), kepala botak, logo pada beg sekolah dan banyak lagi.
Pengaruh hiburan: Hiburan memang menyeronokkan. Naluri pelajar memerlukan lebih hiburan. Hiburan seperti untuk 18 tahun ke atas menjadi tarikan. Betapa rapuhnya iman pelajar.
Politik: Terlalu fanatik dan kefahaman politik yang cetek menghasilkan orang yang tiada pegangan hidup. Mereka hilang segalanya dalam masyarakat dan keluarga. Semua ini mempengaruhi minda dan tabiat pelajar. ''Bapa borek anak rintik''.
Masalah keluarga: Institusi keluarga akan porak-peranda jika keluarga suka bertengkar, sentiasa mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak. Suka memburukkan keluarga kepada anak-anak, jaga tepi kain orang, menunjuk-nunjuk dan mengamal sikap benci membenci. Tidak suka bergaul dengan masyarakat. Suka melepaskan geram kepada anak-anak. Tidak bersifat keterbukaan terhadap isu-isu semasa.
Meninggalkan anak dengan pengasuh. Mengamalkan pilih kasih. Segala kerenah ini menjadi ikutan. Anak menjadi mangsa, terbiar, stressed, tensyen dan radikal. Mereka mencari jalan keluar secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar, mengambil dadah, hidu gam dan menjadi samseng.
Masalah ekonomi: Jika ekonomi tidak mantap, hidup akan melarat dan berlakulah perangai yang tidak baik seperti mencuri, mencopet, bunuh orang, menyamun, masuk kumpulan haram, menipu dan pembohong. Tidak takut kepada undang-undang. Janji hidup mewah.
Masalah di sekolah: Di sekolah, terdapat guru yang pentingkan status dan terlalu tegas. Mementingkan bidang akademik tetapi kurang beri perhatian kepada bidang kokurikulum dan sahsiah. Falsafah pendidikan negara memberatkan pendidikan yang seimbang. Suka mementingkan diri sesudah diberi pangkat dan kuasa. Suka menggunakan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar. Guru suka berkelompok ibarat parti pembangkang dalam Parlimen.
Pentadbir tidak gunakan budi bicara dan psikologi dalam segala urusan. Terlalu terkongkong dengan surat pekeliling. Pengurus sekolah tidak kreatif dan inovatif. Tidak gunakan psikologi dalam menangani sebarang masalah. suka pandang rendah kepada orang bawahan. Tidak menganggap pelajar seperti adik atau anak. Asyik memikirkan soal gaji dan aktiviti menambahkan pendapatan sahaja. Semua ini diperhatikan oleh pelajar. ''Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.''
Masalah PIBG: Peranan PIBG membantu memajukan sesebuah sekolah hingga cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan keceriaan sehingga zero defect. Ada PIBG sekolah kurang aktif dan membiarkan sekolah terumbang-ambing. Terdapat PIBG yang suka mencampuri hal pentadbiran sekolah. Sekolah akan hancur dan akhirnya pelajar menjadi mangsa.
Masalah pegawai: Disebut 'pegawai' seseorang itu ada yang berasa ego. Pegawai yang lupa daratan dan egoistik tidak disukai oleh para pendidik dan pelajar. Mereka hendak dihormati, cakap tak boleh dibangkang, cakap orang bawahan tidak perlu didengar. Mereka tidak dapat menyelesaian sebarang masalah, Implikasinya, prestasi sekolah akan merosot. Cubalah ikut perangai Robin Hood.
Masalah disiplin pelajar menengah dan rendah hari ini memang sudah sampai ke tahap serius, tetapi tidaklah seteruk di Amerika. Kaunselor sekolah gagal mengkaunseling pelajar bermasalah. Pelajar bermasalah bertambah pada hujung tahun. Guru disiplin pula berlagak garang tetapi pelajar-pelajar tidak mengindahkannya. Pengawas sekolah bermuka-muka, suka melihat rakan kena denda. Ini membuatkan pelajar-pelajar berdendam. Warden asrama tidak diberi kursus khas.
Mereka tidak tegas terhadap pelajar-pelajar di asrama. Ramai yang menghisap rokok dan membuli pelajar junior. Pelajar-pelajar junior tidak boleh mengadu, kalau mengadu lagi teruk kena belasah. Kalau guru bertanya mesti beri jawapan pembohong. Pelajar senior mengambil barang keperluan pelajar junior sesuka hati. Warden hanya tutup mata dan sumbat telinga apabila ada pengaduan. Mereka menganggap ini perkara biasa. Beginilah budaya kehidupan di asrama? Inilah bunga kepada gejala samseng.
Cadangan
* Semua pihak mesti mengamalkan sikap mesra, berbudi bicara, berpsikologi dan hormati maruah.
* Jangan menangani masalah keras dengan tindakan yang keras kerana risikonya tinggi dan tiada kesudahannya. Amalkan konsep menang-menang (win-win situation).
* Semua pihak perlu memahami psikologi dan naluri pelajar. Anggapan pelajar sekolah rendah mereka sudah dewasa dan pelajar sekolah menengah anggap mereka sudah matang kedewasaannya.
* Jangan dikerasi, dicabar, ditengking, dimalukan dan dibohongi. Pelajar akan bersikap liar, panas baran, drastik dan melawan.
* Beri perhatian serius, berbincang, didampingi dan tunjukkan contoh yang baik sebagai teladan.
* PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi dengan moto 'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah'.
* Pegawai mesti bersikap terbuka dan anggaplah setiap warga sekolah sebagai sahabat.
* Warden jangan terlalu emosional terhadap pelajar asrama. Jangan dera pelajar sesuka hati dan beri kuasa mendenda kepada pelajar senior.
* Berfikir panjang sebelum merotan pelajar semasa perhimpunan. Implikasinya tiada noktahnya.
* Memberi kuasa disiplin kepada semua guru akan mengeruhkan lagi keadaan.
Jika amalkan formula ini, insya-Allah pelajar berasa diri dihargai, sayangkan sekolah, ibu bapa, pegawai, warga sekolah dan masyarakat. Mereka akan menjadi manusia (bukan jadi orang) yang berharga dan berguna satu hari nanti. Insya-Allah, akan diberkati Allah.
Raju keluar dari sebuah tandas awam sambil merungut-rungut. Tandas itu tidak terurus dan berbau busuk. Ketika hendak menyeberangi jalan, dia terpandang akan rakannya, Salim. Salim kelihatan merungut-rungut seorang diri di pondok telefon.
Raju : Apakah yang kaurungutkan, Salim?
Salim : Kautengoklah sendiri, semua telefon di sini rosak. Yang satu itu wajarnya diputuskan. Yang di tengah pula gagangnya pecah. Dan yang ini, lubang tempat memasukkan duit disumbat dengan kertas.
Raju : Ini tentu perbuatan budak-budak nakal, Lim.
Salim : Betul katamu. Sekarang ini vandalisme makin menjadi-jadi. Contohnya, semua telefon ini rosak. Di sana itu pula, bangku tempat menunggu bas dirosakkan. Risau aku melihatnya. Lama-lama nanti semua benda dijahanamkan.
Raju : Bukan itu saja, kepala paip dan pam air di dalam tandas awam pun dijahanamkan. Sudahlah begitu, macam-macam tulisan yang tidak senonoh dicontengkan pada dinding tandas.
Salim : Nampaknya kempen anti-vandalisme tidak begitu berkesan.
Raju : Remaja nakal selalu bertindak mengikut perasaan. Harta benda awam dijadikan mangsa. Mereka yang selalu melakukan vandalisme patut ditangkap dan dikenakan denda yang berat, misalnya, dirotan, diminta mengganti harta benda yang dirosakkan atau didenda melakukan kerja-kerja kebajikan.
Salim : Bagus cadanganmu itu. Tetapi aku terpaksa pergi dulu. Aku hendak mencari telefon awam yang lain. Ada hal penting yang nak kuberitahukan kepada isteriku.
Raju : Baiklah, nanti kita berjumpa lagi.



o
o Penutup
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
o
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
o
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan.
Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.
Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Merokok Dan Kesan

Apakah kesan buruk daripada merokok?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.

Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.
Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Kesan atau risiko lain akibat merokok
Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.
Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.
Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda.
"

Khamis, 8 Oktober 2009

Karangan SPN21

CUTI SEKOLAH

Di negara kita sekolah bercuti pada penggal pertama dan kedua. Satu cuti penggal persekolahan ialah kira-kira selama sepuluh hari. Sekolah juga akan bercuti pada hari-hari yang tertentu seperti Hari Nuzul Al-Quran, Hari Perlembagaan, setiap awal tahun, Hari Keputeraan Sultan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dan lain-lain. Pada bulan Ramadan atau puasa semua sekolah akan bercuti selama satu bulan.
Biasanya pada waktu cuti ini ramai orang-orang membuat berbagai rancangan. Para ibu bapa akan membawa anak-anak mereka pergi berkelah atau melawat ke tempat-tempat yang tertentu. Ada juga di antara mereka pergi melawat keluar negeri. Ada yang pergi melawat Singapura, Malaysia, Filipina, England dan negara-negara yang lain. Bagi saya, pada hari cuti saya dan kawan-kawan pergi memancing atau berkelah. Kami memancing di tepi laut at au di tepi sungai yang banyak ikan. Selain dari memancing, atau berkelah, saya gunakan masa cuti ini untuk membaca buku. Saya sangat suka membaca buku-buku cerita.
Perkara yang harus saya lakukan semasa cuti sekolah ialah menolong ayah dan ibu di rumah. Kalau cuti pendek saya gunakan untuk membersih¬kan bilik atau setoL Bila cuti panjang pula saya penuhkan mas a saya untuk membersihkan longkang, halaman rumah dan menjaga pokok-pokok bunga. Saya tebas rumput-rumput yang panjang. Selepas itu saya akan menolong membersihkan kereta ayah.
Pada hari cuti penggal akhir tahun yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi makan angin ke Singapura. Kami pergi melawat selama satu minggu. Banyak tempat-tempat yang menarik telah kami lawati. Saya sungguh seronok pada waktu itu.
Kita harus isi hari cuti kita dengan kerja-kerja yang berfaedah.
Janganlah kita gunakan masa cuti itu dengan kerja-kerja yang tidak baik. Kalau kita isi masa cuti itu dengan perkara-perkara yang tidak baik tentu akan merugikan diri sendiri. Kita mungkin akan jadi pemugut at au suka merosakkan harta benda awam atau kerajaan. Kita juga mungkin terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu isilah masa cuti sekolah dengan kerja-kerja yang mendatangkan faedah.


MEMBACA SURAT KHABAR MENDATANGKAN FAEDAH

Salah satu jalan untuk mengetahui banyak hal atau perkara ialah dengan cara membaca. Kita boleh membaca apa saja yang boleh men-datangkan faedah. Antara bahan bacaan yang boleh mendatangkan faedah ialah membaca surat khabar. Walaupun membaca surat khabar itu berlainan dengan membaca buku-buku pelajaran tetapi ia juga mendatangkan berbagai faedah kepada kita.
Surat khabar boleh dikatakan bahan bacaan yang penting. Kita harus membacanya setiap hari. Kalau seseorang itu membaca surat khabar dia akan beroleh pengetahuan. Segala peristiwa dan berita baru akan dapat diketahui dengan s:;epat. Kita akan dapat mengetahui berita atau kejadian yang berlaku setiap hari melalui surat khabar. Berita-berita yang disiarkan itu bukan sahaja dari dalam negeri malah dari luar negeri.
Selain dari berita-berita disiarkan, kita juga akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan dari rencana-rencana, ulasan-ulasan sukan, pelajaran at au artikel-artikel di dalam surat khabar. Semua itu sangat berguna kepada kita. Bidang pengetahuan kit a akan menjadi bertambah luas.
Untuk mengetahui apakah rancangan yang akan disiarkan televisyen, kit a boleh dapatkan semua ini melalui surat khabar. Orang-orang Islam juga dapat mengetahui waktu-waktu sembahyang dan soal jawab agama yang terdapat dalam surat khabar. Inilah salah satu kepentingan surat khabar.
Apa yang menggembirakan sekarang ini, surat khabar ada membuat satu rencana yang berkaitan dengan ko nputer. Kita ditunjukkan bagaimana menggunakan komputer dan membuat sesuatu kerja dengan komputer. Segal a masalah yang berkaitan dengan komputer diterangkan dalam rencana itu. Bila kita membaca surat khabar sudah tentu kit a dapat faedahnya.
Dapatlah dikatakan peranan surat khabar sangat penting pada kita.
Kita akan tetap beroleh berbagai faedah asalkan kita rajin membaca surat khabar dan sentiasa menjadikan sebagai amalan membaca. Adalah lebih elok selepas membaca itu, segala berita dan rencana-rencana yang penting dipotong atau digunting. Potongan itu dikumpulkan di satu tempat. Mungkin di satu masa nanti ianya dapat digunakan.


ILMU PENGETAHUAN ITU LEBIH BERGUNA DARIPADA KEKAYAAN

Kata para bijak pandai, ilmu pengetahuan adalah harta yang tinggi nilainya, boleh dibawa ke sana ke mari dengan mudahnya, tidak perlu dijaga seperti menjaga harta, mudah disimpan di dalam otak dan tidak boleh dicuri orang. Ia mudah digunakan bila diperlukan.
Katakanlah ada seorang hartawan yang kaya raya. Beliau memiliki beberapa buah bangunan yang besar-besar. Beliau menghantar semua anak-anaknya belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apabila anak¬anaknya tamat dalam pengajian mereka dengan jayanya dan beroleh ilmu pengetahuan mereka ini dapat menambah harta keluarganya.
Sebaliknya jika hartawan ini tidak membekalkan anak-anaknya dengan ilmu pengetahuan, anak-anaknya tidak akan dapat menambahkan harta kekayaan keluarganya. Mereka hanya pandai menghabiskan harta itu. Apabila hartaitu sudah habis mereka tidak pandai mencari harta yang baharu sebab mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan. lelaslah bahawa ilmu pengetahuan lebih penting daripada hari kekayaan.
Bila kita pergi ke satu tempat dengan berbekalkan ilmu pengetahuan hidup kita akan selamat. Orang akan memerlukan kita jika ilmu kita itu diperlukan orang. Kita tidak mudah ditipu orang. Selain daripada itu kita boleh menjadi terkenal dan dihormati sekiranya kita memiliki ilmu yang tinggi. Berlainan dengan harta. Kalau kit a bawa ke satu tempat banyak masalah dan kesusahan yang akan kita tempuhi. Kita sentiasa.takut atau bimbang harta itu akan dicuri orang.
Dengan ilmu pengetahuan, kit a boleh mencorakkan dan mengerakkan masyarakat ke arah kemajuan. Maju masyarakat majulah negara. Berlainan dengan harta. Harta hanya dapat dinikmati dalam jangka mas a yang singkat sahaja jika si pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan. Sedangkan ilmu pengetahuan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Kerana itu saya memilih ilmu pengetahuan lebih utama daripada harta kekayaan.



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENONTON TELEVISYEN

Televisyen merupakan alat hiburan yang menjadi kegemaran orang ramai di zaman ini. Banyak kebaikan yang didapati oleh orang ramai yang menontonnya tetapi kita jangan lupa di sebalik kebaikannya itu ada juga keburukannya.
Melalui alat ini kit a dapat menyaksikan berbagai kejadian yang berlaku di luar dan di dalam negara kita seperti kejadian banjir, gempa bumi, kebakaran, peperangan, ribut taufan dan lain-lain. Kita juga dapat melihat keadaan alam di negara-negara lain seperti padang pasir, salji, gunung berapi dan sebagainya. Berbagai-bagai kemajuan yang dicapai oleh negara lain juga dapat kit a lihat. Di samping itu kita boleh belajar bermacam¬macam perkara melalui televisyen dan boleh juga mendapat hiburan¬hiburan yang menyeronokkan.
Televisyen ada juga menyiarkan kisah-kisah kejahatan orang seperti pembunuhan, rompakan, pergaduhan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain. Jika kita meniru perbuatan-perbuatan jahat yang kita tonton daripada televisyen itu maka yang kita dapat ialah keburukan.
Demikian juga jika kita terlalu asyik menonton rancangan-rancangan hiburan sehingga lupa akan keselamatan rumah; rumah kit a boleh dimasuki pencuri at au boleh terbakar. Jika kita terlalu hampir dengan kaca televisyen waktu menontonnya, mata kit a boleh rosak. Semuanya ini adalah ke¬burukan.


LAWATAN KE SEBUAH NEGARA JlRAN

Pada minggu yang lalu saya berpeluang melawat sebuah negara jiran iaitu Singapura bersama dengan ayah dan ibu. Di sana saya disertai oleh kawan saya yang bernama Majid. Dia beserta ayahnya membawa kami melawat tempat-tempat yang bersejarah dan menarik di Singapura.
Mula-mula kami pergi melawa 'national Museum' dan 'Art Gallary'.
Bangunannya sungguh menarik. Di dala a ada berbagai koleksi barang-barang bersejarah termasuk dokumen meng nai eorak hidup masyarakat, ekonomi, perkembangan politik dan lain-lain. Di sini juga terdapat himpun¬an lukisan dalam bentuk cat minyak, area dan bentuk-bentuk industri.
Dalam perjalanan, kami dapat melihat bangunan Parlimen Singapura yang eantik mempunyai sebuah kubah hijah di tengah-tengahnya. Kemudian kami sampai ke dewan peringkat perang yang memaparkan sejarah peperangan Dunia Kedua semasa penduduk Jepun serta gambar pemandang¬an yang menunjukkan keadaan peperangan dan kehidupan rakyat Singapura ketika itu.
Saya juga berkesempatan melihat bangunan-bangunan masjid. Di sini terdapat beberapa buah masjid yang didirikan oleh orang-orang Islam sendiri. Mereka terdiri daripada India Muslim dan Orang Melayu. Di antara masjid-masjid ini, Masjid Sultan adalah masjid yang terbesar di Singapura. Masjid Sultan siap dibina pada tahun 1928.
Kami berkesempatan melawat Zoo Negara yang di dalamnya terdapat binatang-binatang dari seluruh dunia. Kemudian kami pergi pula ke Taman Unggas Jurong. Di Taman ini berbagai-bagai jenis burung tempatan dan dari tempat lain dipelihara dengan baik.
Kami meneruskan lawatan ke Haw Par Villa. Tempat ini sungguh mengkagumkan. Terdapat beratus-ratus patung dan ukiran yang menampak-kan keadaan mas a yang lampau di Negara China dan Singapura. Taman ini diilhamkan oleh dua orang )utawan adik-beradik Singapura.
Kemudian kami sampai ke Pusat Sains yang mempamerkan berbagai barang rekaan berkaitan dengan sains dan teknologi. Dari tempat ini kami tertolak ke sebuah pulau peranginan yang sungguh menarik iaitu Pulau Sentosa dengan menggunakan feri. Setelah itu kami pun pulang ke tempat pengmapan.
Yang Paling saya kagumi ialah sikap rakyat Singapura yang tidak merosakkan harta kerajaan dan mengotorkan tempat-tempat awam. Alangkah beruntungnya Negara Brunei jika mempunyai rakyat-rakyat seperti begitu.

PEMANDANGAN DI PASAR TAMU

Di negara kita ini banyak terdapat pasar-pasar tamu. Di Bandar Ser Begawan, pasar tamunya terletak di sebuah tempat yang menarik iaitu d tebing Sungai Kianggeh. Sejak tempat itu dijadikan pasar tamu, rama pengunjung yang datang sarna ada siang atau malam. Dengan terbukanyc: pasar tamu ini mudahlah orang ramai membeli-belah terutamanya makanar dan barang-barang keperluan.
Pasar tamu dibuka pada setiap hari keeuali hari Isnin sebelah malam Biasanya waktu yang paling ramai orang berkunjung ialah pada hari Minggl dan hari Jumaat. Subuh-subuh lagi sudah ada penjual yang berdagang d sini. Berbagai-bagai jenis barang ada dijual.
Jika kita masuk ke tamu ini dari sebelah hulu mula-mula sekali kit. akan menemui kumpulan penjual pokok-pokok bunga dan buah-buahan Di sebelahnya pula terdapat para penjual ayam, itik, burung-burung dal anak-anak ayam dan itik. Ini adalah bahagian pinggir. Dari sini kita bolel masuk ke bahagian dalam melalui sebuah jambatan kecil.
Di hujung jambatan itu terdapat gerai buah-buahan terutama yan: diimpot dari luar negeri. Gerai-gerai itu dibina sendiri oleh para penjua di kiri-kanan lorong laluan para pembeli. Hala ke dalam sedikit terdapa gerai-gerai makanan seperti. mi, burger, ayam goreng, nasi ayam, kuih muih dan makanan kering. Kebanyakan penjual memasak makanan d tempat itu juga.
Di sebelah daratnya pula berlambak-Iambak sayur-sayuran yan, masih segar dari jenis sayur-sayur yang ditanam sendiri hingga kepad; sayur yang diimpot. Para penjual sayur-sayuran melambakkan barang barang mereka di atas tikar plastik yang dibentangkan di atas simen. Par penjualnya banyak terdiri daripada kaum ibu.
Berdekataan dengan tempat itu, terdapat penjual barang-barang lam atau barang antik. Ada juga orang menjual tikar-tikar pandan dan rotan Pada waktu petang dan malam keadaan pasar tamu sudah berubah. Van ada hanya penjual makanan, minuman dan buah-buahan sahaja.
Sesungguhnya pemandangan di pasar tamu amat menarik. BerbagG ragam dan olah penjual dan pembeli kita lihat di sini. Kita tentuny terhibur sambil berbelanja di pasar tamu ini.

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam atau dihasil¬kan di negara sendiri. Seperti buah-buah yang didatangkan dari negara luar, buah-buahan tempatan juga tidak kurang khasiatnya. Malahan lebih baik lagi kerana kita boleh petik terus dari pokoknya.
Ada bermacam-macam jenis buah-buahan tempatan itu. Antaranya ialah buah mempelam, binjai, belunu, tembikai at au sikoi, nangka, rambutan, durian, langsat, rambai, manggis dan lain-lain lagi. Rasanya ada yang pahit, masam dan manis. Buah yang pahit biasanya mempunyai khasiat perubatan tetapi tidak ramai yang suka memakannya. Buah petai misalnya boleh mengurangkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit.
Kita boleh dapati buah-buahan tempatan yang masih segar. Oleh itu banyaklah khasiatnya. Vitamin;-vitamin yang ada di dalamnya masih kekal. Tidak seperti buah-buahan yang didatangkan dari luar negeri. Buah-buahan itu terpaksa disimpan lama. Kadang-kadang kita dapati buah-buahan itu sudah berubah. Mungkin juga sudah dihinggapi bakteria. lni sangat merbahaya pada kesihatan.
Biasanya bila musim buah-buahan, harganya sangat murah. Kita boleh membeli seberapa banyak yang kita suka. Di mana-mana boleh didapati. Biasanya kalau kita pergi ke kampung-kampung kit a mudah mendapatinya. Di samping membelinya kita dapat menikmati suasana tenang dan damai di kampung-kampung. Sebaliknya buah-buah yang diimpot harganya mahal.
Sekarang ini beberapa pihak telah menyajikan buah-buahan tempatan untuk majlis rasmi. Dihotel..:hotel atau di tempat-tempat ramai, hidangan buah-buahan tempatan akan kelihatan di atas meja. Para pelancong sangat mengemari buah-buahan tempatan dan memuji kelazatan rasanya. Beberapa buah negara asing telah berminat dan memesan buah-buahan tempatan seperti pisang dan nangka dengan banyaknya.
lelaslah bahawa buah-buahan temp at an tidak kalah jika dibandingkan dengan buah-buahan dari negara lain.


BANYAK MEMBACA MENDATANGKAN FAEDAH

Membaca adalah satu pekerjaan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang. Banyak faedah yang akan diperolehi jika seseorang itu mengisi masa lapangnya dengan membaca.
Bahan-bahan bacaan banyak terdapat di negara kita seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain lagi. Di dalamnya termuat beraneka maklumat mengenai hal-hal yang wujud dan yang berlaku di seluruh dunia. Jadi dengan membacanya pengetahuan kita akan bertambah. Kita dapat mengetahui perihal satu-satu bangsa, istiadat, sejarah, kepercayaan, kebudayaan dan berbagai lagi. Dengan cara ini persefahaman kita dengan kaum yang lain dapat dijalin dengan baik.
Di samping mena•mbah pengetahuan kita juga dapat mengikuti perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan luar negeri. Melalui bacaan surat khabar dan majalah kita dapat mengetahui pergolakan yang berlaku di negara lain seperti peperangan, pemogokan, tunjuk perasaan dan lain-lain. Kita dapat membandingkannya dengan negara kita. Dengan itu kita menjadi insaf dan sedar bahawa kita semua sangat beruntung kerana negara kita senti as a aman dan tidak bergolak.
Selain daripada itu kita juga dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat mengetahui hasil ciptaan mereka dan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara. pengetahuan ini mungkin berguna kepada kita. Mana-mana yang sesuai untuk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi dan pelajari.
Di samping itu, banyak membaca juga mendatangkan faedah besar kepada penuntut sekolah. Kebanyakan penuntut yang mend?!1at kejayaan cemerlang dalam peperiksaan adalah pelajar yang banyak membaca. Dengan pengetahuan yang didapati daripada pembacaan mudahlah pelajar itu dapat menjawab apa-apa jua soalan. Dengan itu, akan tercapailah segala cita¬citanya untuk mendapat kecemerlangan.
Sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca akan bangkit menjadi negara yang cepat maju kerana daripada pembacaan itu mereka sentiasa dapat ilmu-ilmu baru. Dengan ilmu itu dapatlah mereka membuat perubahan ke arah kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti). pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan berbagai lagi. Negara akan beruntung jika mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan lagi progresif. Jadikanlah membaca sebagai suatu amalan hidup.


HARI KEBANGSAAN NEGARA

Negara kita telah menempah kemerdekaan penuh pada 1 J anuari 1984.
Sejak tarikh ini kita menjadi satu bangsa yang merdeka dan berdaulat dan semua bangsa di dunia ini menghormati kita sebagai satu bangsa. Tiap¬tiap tahun kita mengadakan sambutan untuk mengingati hari itu. Kita telah memilih 23 haribulan Februari sebagai tarikh kita merayakan Hari Kebangsaan kita.
Pada 23hb. Februari 2008, Negara Brunei Darussalam telah menyambut hari kebangsaannya bagi kali yang keempat. Sambutan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah mulai jam 8.30 pagi. Pada hari itu pagi-pagi lagi para peserta yang mengambil bahagian sudah tiba dari seluruh pelusuk negara.
Stadium Negara dipenuhi oleh kumpulan-kumpulan peserta dan orang¬orang yang hendak menyaksikan acara-acara perayaan. Di tengah padang kelihatan barisan ahli-ahli pasukan bersenjata dan gabungan pasukan hadrah dari murid-murid dan penuntut sekolah di seluruh negara. Sebaik saja rombongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kerabat Di-Raja tiba, pukulan hadrah pun bermula disusuli dengan pasukan pancaragam Angkatan Bersenjata dan Polis Di-Raja. Masa itu juga dari murid-murid dan penuntut sekolah menunjukkan kebolehan berbaris membentuk logo dan berbagai pemandangan yang mempunyai erti.
Berikutnya dilangsungkan pula acara perbarisan lintas hormat dari Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei, pasukan beruniform, pasukan sukarela, kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan syarikat¬syarikat perniagaan. Kemudian muncul pula persembahan pancaragam penuntut-penuntut sekolah menengah diiringi oleh pasukan polis. Yang paling menarik ialah persembahan perbarisan yang berbentuk logo dan corak-corak yang berkaitan dengan kebudayaan Melayu dan persembahan tarian-tarian asli Brunei. Persembahan yang ditunjukkan sungguh menarik.
Sebagi seorang rakyat yang cintakan negara, saya merasa berbangga dapat menyaksikan upacara hari yang bersejarah itu. Sudah tentu kita harus turut serta dalam upacara itu sebagai menunjukkan taat setia dan kasih kita pada Negara Brunei Darussalam. Kita tidak perlu mengira penat lelah dan kepanasan matahari yang membahang. Yang penting harus ditanam pada diri kit a ialah berbakti dan memberi sumbangan yang besar terhadap negara kita ini.

PENGALAMAN YANG MENAKUTKAN

Suasana malam itu sungguh sunyi. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka sebelas. Sudah setengah jam ayah dan ibu pergi menziarahi Mak Minah yang suaminya telah meninggal dunia waktu isyak tadi. Saya keseorangan di rumah.
Saya pergi ke ruang dapur membuat minuman kegemaran saya iaitu milo. Tiba-tiba saya terasa bulu rama saya berdiri. Kedengaran bunyi anjing yang melolong panjang. Saya teringat kata nenek, kalau anjing berbunyi begitu bermakna ia melihat hantu. Saya terus masuk semula ke bilik.
Sewaktu saya melintasi ruang tamu, kedengaran pula bunyi seakan-akan cakaran kuku yang tajam. Saya berhenti sejenak dan memandang ke arah pintu. Daun pintu seperti ditolak-tolak. Makin lama makin kuat. Saya merasai ketakutan yang amat sangat. Tiba-tiba terdengar nama saya dipanggil dengan perlahan. Suara itu menggerunkan sekali.
"Syukriiiii! Syukriiiii! Buka pintuuu! Bukaaaaa ". Saya beranikan
diri bertanya, "Siapa kamu, hah?" "Akuuuu Haji MailU Bukaaa". Mendengar nama itu saya bertambah pucat dan gementar. Saya tahu Haji Mail suami Mak Minah baru saja mati isyak tadi. Secepat kilat saya berlari naik ke tingkat atas. Saya mengunci pintu bilik. Saya teras a seperti dikejar sesuatu, seolah-olah ada mata yang memerhatikan saya. Saya berselubung. Tiba-tiba kedengaran jendela bilik saya diketuk bertalu-talu. Dari balik selimut saya lihat tingkap sudah ternganga luas. Serta-merta saya membuka selimut dan memandang ke sekeliling bilik.
Tiba-tiba saya terlihat satu tangan yang kurus terhulur dari bawah katil cuba memegang tubuh saya. Saya mengelak lalu melompat ke lantai. Langsung turun ke tingkat bawah. Saya buka pintu dan terus lari ke luar. Saya ditangkap oleh bapa saya yang kebetulan baru balik tetapi saya pengsan sampai keesokan paginya.



PERMAINAN YANG SAYA SUKAI

Semua orang sukakan permainan. Tetapi tiap-tiap orang menyukai permainan yang tertentu. Kadang-kadang permainan yang menjadi kesukaan seseorang itu sarna dengan yang disukai oleh orang lain dan kadang¬kadang berbeza.
Di antara banyak-banyak permainan yang paling saya sukai ialah bola sepak. Permainan ini saya gemari sejak saya di sekolah rendah lagi. Saya sukakan permainan ini kerana permainan ini banyak menggunakan tenaga dan fikiran. Kita perlu cukup tenaga untuk bermain bola sepak. Kita juga perlu menggunakan fikiran untuk mengalahkan pasukan lawan.
Semasa tidak bersekolah, tiap-tiap petang saya dan kawan-kawan saya akan mengisi masa lapang dengan mengadakan perlawanan bola. Biasanya kami bermain di tanah lapang atau di padang sekolah. Sebelum mengadakan perlawanan kami berjanji akan mematuhi peraturan permainan dan tidak bermain kasar agar tidak terjadi pergaduhan dalam perlawanan itu. Tujuan kit a bermain hanyalah untuk bersukan dan menyihatkan badan di samping mencari pengalaman.
Saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak. Kerapkali juga saya menonton televisyen yang menayangkan rakaman perlawanan bola sepak. Dengan cara begini saya dapat pengetahuan yang baru mengenai cara-cara yang baik dalam permainan bola. Saya menjadi lebih tahu akan teknik bermain yang digunakan oleh pemain-pemain pasukan yang terkenal.
Bagi saya permainan bola sepak melatih kita bekerjasama untuk mencapai cita-cita bersama. Akhirnya kita dapat mengharumkan nama negara kita.



ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DULl YANG MAHA MULIA SULTAN

Setiap tanggal 15 Julai Negara Brunei akan merayakan HariKeputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Berbagai rancangan dan acara-acara yang menarik akan diadakan.
Upacara yang penting pada Hari Keputeraan Sultan ini ialah Upacara Perbarisan. Perbarisan ini diadakan di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddin Paduka Seri Begawan Sultan. Dalam upacara ini pasukan-pasukan dari Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei dan pasukan-pasukan sukarelawan akan turut mengambil bahagian. Duli Yang Maha Mulia Sultan akan berangkat ke upacara ini. Selepas upacara ini baharu acara-acara lain untuk sambutan Hari Keputeraan tersebut akan dimulai.
Tanah lapang bekas tapak hospital Bandar Seri Begawan dijadikan tempat untuk acara-acara hiburan. Beberapa buab sekolah dan persatuan¬persatuan akan menunjukkan persembahan masing-masing. Di samping ini beberapa buah gerai didirikan untuk tempat jualan makanan, barang¬barang permainan, pakaian dan lain-lain. Orang ramai boleh menyaksikan pertunjukan atau persembahan dipentaskan sambil menikmati makanan yang dijual. Sambutan begitu diadakan di setiap daerah.
Di samping itu diadakan juga perarakan kereta berhias dan tanglung berjalan kaki yang disertai oleh pasukan dari jabatan kerajaan, persatuan serta syarikat-syarikat swasta. Acara perarakan kereta berhias dan perarakan tanglung dilangsungkan pada waktu malam.
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Isteri serta Kerabat Di-Raja akan berangkat menyaksikan acara yang menarik ini. Bandar Seri Begawan kelihatan seperti bandar kayangan kerana bermandikan kilauan cahaya beraneka warna dan bentuk. Angkasa Bandar Seri Begawan pula akan diindahkan oleh cahaya bunga api yang berbagai warna dan corak.
Acara Lumba Perahu juga turut menyerikan Hari Keputeraan Sultan.
Di Sungai Brunei akan dipenuhi oleh perahu. Tambatan kastam dipenuhi oleh orang ramai. Beberapa buah pasukan dari jabatan-jabatan, syarikat, persatuan dan kampung-kampung akan mengambil bahagian. Acara yang meriah ini selesai menjelang senja.
Untuk menjayakan sambutan ini rakyat sanggup bersusah payah melibatkan diri untuk menunjukkan taat setia dan kasih kepada Duli Yang Maha Mulia. Dirgahayu Paduka Seri Baginda Sultan.

BERKELAH

Pada hari Minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah di Pantai Serasa. Pada malam sebelumnya ibu dan kakak menyediakan makanan dan barang-barang keperluan. Saya dan adik saya menyediakan khemah keeil dan alat untuk mandi.
Pagi-pagi lagi selepas menunaikan sembahyang subuh, kami semua pun bersiap-siap. Hari itu euaeanya sungguh baik. Tidak ada tanda-tanda hujan akan turun. Kira-kira pukul tujuh pagi, kami pun bertolak dengan menggunakan kereta kakak yang dipandunya sendiri. Setengah jam kemudian, kami pun sampai ke Pantai Serasa. Kereta-kereta para pengunjung bersusun di tepi jalan raya. Kami memilih tempat yang sesuai lalu menurunkan barang-barang dan menyusunnya.
Waktu itu air dalam. Ayah menukar pakaiannya. Saya dan adik saya terus mengikut ayah mandi ke tepi pantai. Ayah mengajak kami berdua berenang. Saya main kejar-kejaran dengan adik -saya sambil menyelam ke dalam air. Ombak kecil yang menampar-nampar muka saya menambahkan keseronokan saya. Setelah puas mandi, kami pun naik ke darat.
Setelah siap berpakaian, kakak dan ibu memanggil kami makan tengah hari. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan laut yang luas terbentang menambahkan selera kami untuk makan bersama keluarga di khemah yang kami dirikan. Sambil makan, kami dapat memerhatikan pengunjung-pengunjung yang sedang mandi, bermain bola, bermain kejar-kejaran dan berbagai lagi.
Petangnya, kami pun bersiap-siap hendak pulang. Kami mengumpul¬kan barang-barang dan mengemaskannya. Kemudian kami membersihkan tempat yang kami gunakan. Setelah selesai semuanya kami pun pulang ke rumah dengan membawa kenangan manis yang sukar kami lupakan dengan harapan akan berkelah lagi di mas a akan datang.

KALAULAH SAYA SEORANG JUTAWAN

Semua orang inginkan kesenangan dan kalau boleh mereka mahu hidup menjadi seorang kaya. Saya juga berangan...:angan menjadi seorang kaya. Jika diizinkan Tuhan saya menjadi seorang jutawan, saya tidak akan sia-siakan hidup saya dengan kekayaan itu. Yang mula-mula sekali saya buat ialah pergi melawat semua temp at di dunia ini baik di sebelah timur mahupun di barat. Perjalanan ini akan saya akhiri di tanah sud Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Tujuan saya bukan untuk bersuka-suka tetapi untuk menyaksikan sendiri keadaan alam ciptaan Tuhan dan cara hidup penduduk di negara tersebut. Mana yang baik akan saya contohi dan yang buruk saya hindari. Mana-mana yang miskin akan saya beri pertolongan sebagai tanda kesyukuran saya kepada Tuhan.
Sekembalinya saya dari perjalanan itu saya ingin teruskan membuat perkara-perkara yang berkebajikan. Mana-mana orang miskin dan susah, saya sedekahkan sedikit harta saya. Anak-anak mereka akan saya bantu untuk belajar sehingga berjaya menjadi warganegara yang baik, yang akan memajukan negara ini. Kedua ibu bapa saya akan saya buatkan rumah yang cantik, lengkap dengan orang gaji dan jururawat yang akan menjaga mereka. Kehendak mereka yang tidak mendatangkan bahaya akan saya turuti. Saya akan baw(ij. mereka naik haji setiap tahun. lni semua adalah sebagai membalas jasa mereka yang memelihara, mendidik dan mendoakan saya.
Sebuah rumah khas yang cukup besar akan saya dirikan untuk anak-anak yatim dan budak-budak susah. Saya akan berikan makanan dan pakaian secukupnya. Sebuah sekolah lengkap dengan peralatannya akan saya bina dekat situ untuk tempat mereka belajar ilmu-ilmu dunia dan akhirat. Saya tidak mahu menjadi jutawan yang lupa daratan sehingga menjahanamkan dirinya sendiri.

KEPENTINGAN SUKAN

Semua orang gemar bersukan kerana boleh menjadikan tubuh badan sihat dan fikiran kita menjadi lapang. Sukan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukan dalam dan sukan luar. Sukan dalam tidak banyak menggunakan tenaga tetapi banyak menggunakan fikiran. Contohnya bermain dam, karum, catur, skrabel dan lain-lain. Sukan luar pula banyak menggunakan tenaga dan akal. Antaranya termasuklah permainan bola sepak, bola jaring, takraw, tenis dan olahraga.
Bila seseorang itu bersukan, semua anggotanya akan bergerak. Jantung, saluran darah dan organ-organ di dalam turut bekerja dengan sempurna. Bahan-bahan kumuh seperti air akan keluar melalui kulit at au saluran pelepas. Dengan itu badan kita menjadi sihat dan terhindar dari serangan pen)Takit.
Dalam zaman moden ini semakin ramai orang bekerja di pejabat menggunakan otak tetapi kurang bergerak. Mereka selalu rung sing kerana menghadapi pelbagai masalah hidup dan pekerjaan. Jadinya dengan meluangkan masa untuk bersukan, walaupun ring an kerungsingan mereka dapat dikurangi. Fikiran mereka menjadi tenang. Perasaan mereka menjadi tenteram.
Boleh dikatakan kit a tidak pernah bersukan seorang diri. Sebaliknya kit a bersukan secara berpasangan, beregu atau berpasukan. Tiap-tiap permainan dalam sukan ada peraturan dan undang-undangnya. Un dang¬undang ini mesti dipatuhi. Dengan itu bersukan dapat melatih seseorang itu mematuhi peraturan dan undang-undang. Di samping itu sukan juga boleh melatih kita bekerjasama dan bersefahaman di dalam satu pasukan.
Berbagai pertandingan sukan sentiasa diadakan. Ada pertandingan peringkat kampung, daerah, negara dan antarabangsa. Jika kita mengambil bahagian di dalam pertandingan sukan peringkat antarabangsa maka negara kita akan terkenal. Apalagi jika kita memperolehi pingat-pingat kemenangan. Berdasarkan fakta yang tersebut jelaslah betapa pentingnya sukan itu dalam hidup kita.

PELAJARAN YANG PALING SAYA SUKAI

Pelajaran adalah ilmu pengetahuan yang paling penting sekali di dunia ini. Tanpa pelajaran seseorang itu akan dipandang hina oleh masyarakat. Ilmu pengetahuan tidak akan habis dan tidak boleh dicuri orang, sebalik¬nya harta benda boleh habis bila-bila masa.
Pelajaran yang paling saya sukai ialah sejarah. Pelajaran Sejarah ini saya minati kerana daripadanyalah saya dapat mengetahui berbagai peristiwa yang berlaku sejak zaman dahulu kala. Saya dapat mengetahui asal-usu] bangsa Melayu dan juga asal-usul pembukaan Negara Brunei Darussalam serta raja-raja yang memerintah Brunei semasa dulu. Dari pengetahuan inilah timbulnya perasaan kasih sayang saya kepada bangsa dan negara sendiri.
Jika kita memperlajari sejarah dengan lebih mendalam kita akan dapat mengetahui asal-usul nama sesuatu tempat, kampung, negeri, pulau dan berbagai-bagai lagi yang pelik dan ganjil baik tempat-tempat itu terletak di dalam negara kita mahupun di negara lain. Dengan pengetahuan itu sekiranya para pelancong dari luar negeri ingin mengetahui sejarahnya dapatlah kita menerangkan kepada mereka dengan memuaskan.
Dengan memperlajari sejarah juga, kita dapat mengetahui keagungan dan tamadun manusia zaman purba. Contohnya di Mesir banyak piramid-piramid didirikan di sana ribuan tahun yang lalu masih kukuh hingga ke saat ini. Kita akan tahu bagaimana ianya dibina sehingga tahan beribu tahun. Pelbagai rekaan seperti kapalterbang, roket dan lain-lain dapat kit a ketahui. Kita juga dapat mengetahui kebangkitan dan kehancuran negara¬negara besar zaman dahulu seperti kerajaan Yunani, Roman, Parsi dan kerajaan Islam di Sepanyol. Di samping itu kita dapat mengenali tokoh¬tokoh utama dunia sarna ada yang mengharumkan nama bangsanya atau yang menjahanamkannya. Daripada sejarah kita kenaI pada Hitler, Napolean, Nabi Muhammad dan Sultan Bolkiah. Sejarahlah yang membuka mata saya. Kerana itulah saya sukai.


PENTINGNYA PELAJARAN SIVIK DI SEKOLAH-SEKOLAH

Apakah yang dipelajari oleh murid-murid dan penuntut sekolah?
Mereka mempelajari berbagai mata pelajaran yang berguna untuk masa hadapan mereka. Kebanyakan mata pelajaran diajarkan di sekolah untuk menjadikan seseorang itu berilmu pengetahuan dan berkemahiran di dalam berbagai bidang. Dengan adanya rakyat yang berilmu dan mempunyai kemahiran dapatlah negara bergerak maju. Negara akan berbangga jika mempunyai rakyat seperti yang tersebut.
Adakah pengetahuan dan kemahiran itu dapat menjamin kesejahteraan seseorang dan negaranya? Pelajaran yang tinggi tidak ada ertinya jika tidak digunakan untuk kemajuan negara, bangsa, masyarakat, keluarga dan dirinya sendiri.
Tiap-tiap seorang adalah anggota satu keluarga. Dia juga anggota sebuah masyarakat dan satu bangsa. Di samping itu dia adalah warga sesebuah negara. Oleh itu segala tingkah laku dan tindak-tanduknya hendaklah patuh kepada adat resam dan undang-undang. Cara bertindak yang betul dapat dipelajari melalui pelajaran sivik atau tatarakyat.
Pelajaran Sivik mengajar kita bagaimana sepatutnya kita semua bertindak dalam lingkungan keluarga. Kita mesti menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita seperti abang, kakak, ibu, bapa, nenek dan lain-lain. Kita mesti bersopan ketika bercakap dengan mereka. Orang-orang yang lebih muda daripada kit a hendaklah dikasihi dan diberi tunjuk ajar. Tidak patut kita menganiayai mereka.
Melalui pelajaran sivik juga kita dapat mempelajari apa-apa yang patut kita lakukan dalam lingkungan masyarakat; misalnya di dalam kampung kita. Kita patut bekerjasama dan saling membantu dengan jiran tetangga dan sahabat handai. Kita patut setia, rela berkorban, saling menghargai dan hormat kepada pemimpin kampung kita. Tidaklah patut kita jadi pemugut dan perosak masyarakat.
Sebagai rakyat atau warga Negara Brunei Darussalam kita diajar supaya kasihkan negara sendiri, menghormati bendera dan lagu kebangsaan, taat kepada undang-undang dan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan serta sentiasa menjaga nama baik negara kita. Kelakuan kita mesti mengikut adat dan taat susila bangsa kita. Semua ini dapat kita pelajari daripada pelajaran sivik.
Berdasarkan dari fakta di atas, bagi saya pelajaran sivik harus diajar¬kan di sekolah-sekolah.