CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 27 Oktober 2010

FAEDAH MEMBACA

Membaca merupakan satu amalan yang mulia.Banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membaca. Kerajaan menerusi pelbagai kempennya sentiasa menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca.
Membaca dapat meluaskan pengetahuan.Hal ini demikian kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan membaca buku,surat khabar,atau majalah.Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains,matematik,sejarah,dan sastera.
Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya,masalah kegawatan ekonomi,pencemaran alam sekitar,pergolakan politik,serangan pengganas,sukan,dan sebagainya.Dengan demikian,kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Masa tidak lagi terbuang begitu saja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas ,maka amalan membaca memnag wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dikalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Malayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita,rencana, dan cerpen.Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan dengan baik.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf Negara yang maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.