CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 27 Oktober 2010

FAEDAH MEMBACA

Membaca merupakan satu amalan yang mulia.Banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membaca. Kerajaan menerusi pelbagai kempennya sentiasa menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca.
Membaca dapat meluaskan pengetahuan.Hal ini demikian kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan membaca buku,surat khabar,atau majalah.Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains,matematik,sejarah,dan sastera.
Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya,masalah kegawatan ekonomi,pencemaran alam sekitar,pergolakan politik,serangan pengganas,sukan,dan sebagainya.Dengan demikian,kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Masa tidak lagi terbuang begitu saja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas ,maka amalan membaca memnag wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dikalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Malayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita,rencana, dan cerpen.Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan dengan baik.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf Negara yang maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Selasa, 18 Mei 2010

7 (TUJUH) PERINGKAT SOLAT

Apakah SOLAT yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah? Pernahkan kita menganalisa, sejauh manakah kita khusyuk di dalam SOLAT, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk SOLAT itu diterima Allah.

Bagi orang-orang yang soleh dan solehah, mereka sangat mengambil berat tentang SOLAT. Sekiranya pekerjaan seharian terganggu, atau tiada kelancaran semasa bekerja, perkara pertama yang dilakukan ialah memeriksa semula sejauh mana khusyuknya mereka dalam SOLAT. Ini adalah kerana SOLAT merupakan hubungan manusia dengan Allah.

Sekiranya hubungan dengan Allah pun tidak selesai, dengan manusia tentunya lebih susah lagi. Seterusnya, ketaatan kepada pemimpin tidak akan berlaku sekiranya tiada ketaatan kepada Tuhan. SOLAT perlu dinilai dari segi berjemaah atau tidak, tepat pada waktunya ataupun tidak, khusyuk atau tidak dan kelurusan saf di dalam SOLAT. Untuk menilai SOLAT kita, mari kita bersama-sama meneliti peringkat-peringkat sembahyang berikut. Dalam golongan manakah kita dikategorikan.

1. SOLAT Orang Jahil

SOLAT seseorang yang tidak faham tentang rukun SOLAT, syarat wajib SOLAT, syarat sah SOLAT, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun SOLAT itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.

2. SOLAT Orang Lalai

Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum SOLAT itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam SOLAT dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang berSOLAT itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati SOLATnya. Sedangkan khusyuk dalam SOLAT merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam SOLAT sepertimana firman Allah: "Sebab itu, celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya." Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

3. SOLAT Kerana Selain Allah

SOLAT yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya SOLAT, lantas dia pun SOLAT. Ini bermakna SOLATnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. SOLAT bagi golongan ini juga tertolak.

4. SOLAT Peringkat Mujahadah

Golongan yang SOLATnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang SOLAT dan berusaha menghayati SOLATnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam SOLATnya. Bahkan di dalam SOLAT, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima SOLAT golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah, Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.

5. SOLAT Orang Soleh

Diperingkat SOLAT ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam SOLATnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan SOLAT. Golongan ini sudah tidak lalai dalam SOLAT. Untuk SOLAT kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

6. SOLAT Para Wali

Di peringkat SOLAT para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati SOLAT. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. SOLAT beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam SOLAT.

7. SOLAT Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul

Golongan ini terlalu khusyuk SOLATnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.

Begitulah di antara beberapa peringkat SOLAT yang boleh kita kategorikan. SOLAT yang dapat dihayati sungguh-sungguh akan dapat memberikan kesan kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya rugilah mereka yang lalai di dalam SOLAT. Sembahyang mereka seperti patuk ayam yang tidak tahu makna apa-apa tentang SOLATnya.

Rabu, 12 Mei 2010

Contoh Surat Aduan (Surat rasmi)

No, 5, Jalan Tengah.
Kampung Melayu Asli.
Kuala Belait.
Negara Brunei Darussalam.

Kepada,
Pengarah,
Jabatan Kerja Raya,
Kementerian Pembangunan,
Kuala Belait.
Negara Brunei Darussalam. Tarikh:

Tuan

PERKARA: ADUAN KEROSAKAN JALAN.

Saya mewakili penduduk Kampung Melayu Asli ingin membuat aduan tentang kerosakan jalan tersebut.

2.Untuk pengetahuan pihak tua, keadaan jalan tersebut berlubang, semakin lama lubang tersebut semakin besar, ini boleh membahayakan pengguna yang menggunakan jalan raya tersebut.

3.Jalan raya tersebut merupakan laluan utama untuk pekerja-pekerja yang menuju ke kawasan bandar, jadi kesesakan sering berlaku kerana pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan untuk menggelakkan terlanggar lubang.

4. Oleh sebab itu kami amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segara supaya masalah ini dapat diselesaikan.

Atas kerjasama daripada pihak tuan, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Wassslam.

Yang benar



.........................................................
Nama (gunakan huruf besar)
Wakil penduduk Kampung Melayu Asli.

Isnin, 10 Mei 2010

Punca-punca Berlakunya Masalah Disiplin Pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Kebaikan Dan Keburukan Internet

Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau televisyen. Kini internet boleh dilayari menerusi telefon bimbit.

Melalui internet,kita akan menerima maklumat dengan cepat. Minda kita akan sentiasa terbuka dan terkini. Dalam keadaan tertentu, kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu masalah.

Kita boleh mendapatkan maklumat hanya menekan jari. Sebelum ini, jika kita ingin mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital. Menerusi teknologi ini, kita dapat menjimatkan masa dan wang.

Namun begitu, keburukannya tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif, mereka akan melihat laman web yang tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar. Akibatnya, kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu.

Bagi pelajar-pelajar yang malas mereka akan terus menetap halaman internet secara berterusan. Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulangkaji pelajaran. Kesannya kita boleh gagal dalam pelajaran.

Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan, internet memang penting kepada kita. Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid. Jadi, marilah kita berusaha mempelajari cara meggunakan komputer terlebih dahulu.

Selasa, 2 Februari 2010

Kepentingan Mata Pelajaran Melayu Islam Beraja

Kegiatan salah laku berleluasa di sekolah dan asrama.Semangat jati diri di kalangan murid dan pelajar kian lemah.Perpaduan di kalangan murid dan juga pelajar tidak kukuh seperti yang sepatutnya.Banyak peserta yang ingkar untuk menyertai Program .Semangat cinta kepada negara berkurangan akibat terlalu hidup mewah dan senang.Kalau begitu,pendidikan Melayu Islam Beraja amat penting dihidupkan kembali di sekolah.
Yang dimaksudkan dengan pendidikan Melayu Islam Beraja ialah mata pelajaran yang menekankan kecintaan dan kesayangan pada diri, ibubapa, keluarga, jiran,masyarakat,negeri dan negara.Kecintaan akan melahirkan sifat-sifat murni seperti berkasih sayang,bertolak ansur,bekerjasama,bertolong-tolongan,dan berkorban.
Mata pelajaran ini dapat memupuk seterusnya mempertingkatkan semangat nasionalisme dan patriotik murid dan pelajar.Semangat ini menyebabkan mereka sanggup bekorban tanpa semata-mata mengharapkan ganjaran.
Pendidikan Melayu Islam Beraja juga dapat menyerlahkan potensi dalam diri tiap-tiap pelajar.mereka dapat belajar bagaimanakah hendak mengembangkan potensi diri ini agar kelak lahir sebagai warga yang berjasa pada agama,bangsa, dan negara.
Akhirnya pendidikan ini juga membolehkan murid dan pelajar dapat membaca,memahami, dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.Mereka kenal akan sistem pemerintahan negara yang dikenali sebagai pemerintahan Melayu Islam Beraja.
Pendidikan Melayu Islam Beraja pastinya dapat menghidupkan semangat patriotik yang kian luntur di kalangan generasi muda.murid akan lebih kenal akan negara mereka baik dalam sistem politik dan pemerintahan mahupun dari segi perkembangan ekonomi dan kehidupan sosialnya melalui pelajaran ini.

Bersopan santun amalan hidup orang Brunei

Perkataan sopan bermaksud beradab. Manakala santun bererti tahu tertib peraturan, halus budi pekerti, tahu adat, berbudi bahasa, baik akhlaknya, baik perangai dan kelakuan, tidak cabul, teratur dan rapi, mengikut peraturan. Budya sopan santun di kalangan masyarakat Brunei merupakan budaya yang diwarisi daripada ajaran dan asuhan nenek moyang. Ianya kekal sehingga ke hari ini menjadi amalan cara hidup yang melambangkan identiti masyarakat Brunei.
Di zaman kecanggihan teknologi ini, ramai yang sudah lupa akan budaya masyarakatnya terutama generasi muda kita. Budaya sopan santun dalam pergaulan, cara berpakaian, adab bertutur dengan orang tua tidak begitu diambil perhatian. Jika hal ini tidak diambil serius kemungkinan akan melahirkan generasi yang tidak tahu bersopan santun dan akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila, pergaulan dan sebagainya.
Masyarakat Brunei terkenal dengan budaya bersopan santun. Maka inilah yang mesti kita kekalkan menjadi gaya hidup seharian. Justeru itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dalam menyebarkan dan mengekalkan budaya berkenaan, terutamanya di kalangan generasi muda, kerana mereka inilah bakal pewaris dan penerus generasi lama.
Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun, contohnya ibu bapa mengajar anak-anak supaya menziarahi tangan orang tua sebelum pergi ke mana-mana, membongkokkan badan sedikit ketika melintas di khalayak ramai, memakai pakaian dengan kemas dan sesuai tidak kira di dalam atau luar rumah, di sekolah atau ketika dalam majlis.
Pendidikan di rumah memainkan peranan penting dalan membentuk peribadi anak-anak supaya patuh bersopan santun.
Masyarakat umum juga hendaklah turut terlibat dalam memastikan budaya tersebut dapat diamalkan dalam setiap urusan baik di rumah, di bangunan kerajaan, di jalan raya, di pusat membeli-belah dan sebagainya.
Jika budaya bersopan santun dapat dikekalkan dalam kehidupan seharian, insya-Allah kita akan dapat hidup dalam suasana yang aman dan bersatu padu.
Budaya bersopan santun merupakan lambang keperibadian orang Brunei sejak dahulu hingga sekarang, maka sewajarnyalah ianya tetap dikekal dan diperkukuhkan lagi bagi menangkis budaya-budaya negatif yang sedang meracuni pemikiran dan tingkah laku terutama di kalangan generasi muda.

Khamis, 28 Januari 2010

(YOUR ADDRESS)
_________________________________________


Guru Tingkatan (YOUR CLASS),
(SCHOOL ADDRESS)
(DATE)

Tuan,

PER: MEMOHON CUTI

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, (YOUR NAME), murid/ tingkatan (YOUR CLASS) tidak hadir ke sekolah pada (DATE) kerana (REASON).

2. Saya mendapati saya (REASON) pada awal pagi (DATE). Saya tidak mendapat rawatan daripada doktor tetapi rehat di rumah.

3.Saya terpaksa memohon cuti pada (DATE). Saya akan balik semula ke sekolah pada (DATE).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

........................................
(NAME)