CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Mei 2009

Kenali Negara Sendiri

KENALI NEGARA SENDIRI:
Galakkan pelancongan dalam negara
PELANCONGAN merupakan salah satu sektor yang berpotensi dalam menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan terus-menerus berusaha menyediakan prasarana dan meningkatkan promosi untuk menarik pelancong luar ke negara ini.
Ini selaras dengan usaha kerajaan mempelbagaikan sumber ekonomi negara agar tidak bergantung kepada hasil minyak dan gas semata-mata. Sektor ini jika dapat dimajukan sememangnya boleh menyumbang kepada pertumbuhan sektor-sektor perniagaan yang lain.
Sektor pelancongan kini sudah mempunyai cabang yang banyak meliputi pelancongan rekreasi, pelancongan perniagaan, pelancongan sukan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan sebagainya.
Jika sektor pelancongan ini boleh dimajukan dengan pesatnya, para peniaga dan pengusaha pelbagai sektor lain juga akan dapat meraih manfaat yang banyak. Antaranya ialah sektor perniagaan runcit, pengangkutan, komunikasi, perhotelan, restoran, perusahaan kraf tangan dan banyak lagi.
Di setengah negara, sektor pelancongan bukan sahaja ditumpukan kepada pelawat dari luar negeri tetapi juga menggalakkan masyarakat tempatan untuk melancong di negara sendiri.
Ruangan FOKUS kali ini hanya akan memperkatakan mengenai usaha menggalakkan rakyat dan penduduk negara ini 'mengenali negara sendiri' melalui pelancongan dalam negeri. Pada masa yang lepas ruangan ini telah membicarakan mengenai pelancongan secara umum.
MELAWAT
Masyarakat kita memang suka melawat ke luar negara terutama pada setiap musim cuti penggal persekolahan. Ketika itu kebanyakan ibu bapa juga mengambil cuti untuk membawa anak-anak melancong ke luar negeri terutama ke negara-negara jiran.
Tujuan utama melancong ialah untuk berehat dan menimba pengalaman baru. Lawatan ke luar negara tidak akan lengkap jika tidak melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah selain membeli-belah.
Tentu sekali banyak wang yang terpaksa dibelanjakan terutama jika melancong bersama keluarga yang agak ramai. Perkara tersebut tidak menjadi masalah kepada mereka yang 'berada' tetapi sukar bagi yang berpendapatan rendah.
Sebenarnya banyak alternatif lain yang boleh dilakukan untuk membawa keluarga berehat dan bersantai bagi mengisi masa terluang pada musim percutian. Antaranya ialah melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di negara ini.
Negara kita juga tidak kurang mempunyai tempat-tempat yang menarik dan penting untuk dilawati di keempat-empat daerah. Terdapat sekitar 90 tempat menarik dan bersejarah yang penting untuk dilawati dan diketahui.
Antaranya ialah Kampong Ayer, Taman Negara Kuala Belalong, Wasai Wang Kadir, Pantai Muara, Pantai Seri Kenangan, Pantai Berakas, Taman Warisan Tasek Merimbun, Bukit Patoi dan lain-lain.
Selain dari itu terdapat juga banyak bangunan-bangunan seperti Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Muzium Kota Batu, Muzium Teknologi Brunei, Bangunan Bubungan Dua Belas dan banyak lagi.
Begitu juga dengan tempat-tempat bersejarah, umpamanya Makam Sultan Bolkiah dan Sultan Syarif Ali di Kota Batu, Makam di Luba, Mercu Tanda Penghasilan Minyak di Seria dan sebagainya.
Kampong Ayer pada misalnya merupakan tempat yang unik dan bersejarah. Perkampungan ini memang cukup dikenali oleh masyarakat luar negeri. Tidak sah bagi para pelancong yang melawat ke negara ini jika tidak berkunjung ke Kampong Ayer. Selain keindahan dan keunikan budaya hidup masyarakatnya, ia juga merupakan perkampungan di atas air yang terbesar di dunia.
Apa yang menghairankan, terdapat sebilangan orang kitani terutama remaja dan belia yang belum pernah menjejakkan kaki melawat ke Kampong Ayer, sedangkan pelancong luar negeri begitu ghairah dan sanggup datang dengan belanja yang agak tinggi untuk melihat Kampong Ayer dan tempat-tempat menarik yang lain secara lebih dekat.
Kita patut bertanya kepada diri kita sendiri, kenapa pelancong asing yang datang dari jauh begitu mengagumi keindahan dan keunikan negara ini. Kenapa pula sebilangan masyarakat kita tidak berminat untuk menjelajah ke ceruk rantau negara sendiri?
Janganlah pula nanti jika ditanya oleh pelancong luar, kita sendiri tidak mengetahui mengenai sejarah, tempat atau budaya yang terdapat di negara ini. Atau mungkinkan orang luar negeri lebih mengenali negara ini dari kita sendiri.
KENALI
Kita sering menyebut dan merangsang semangat cintakan bangsa dan negara. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Bagaimana mungkin seseorang mencintai negaranya jika dia tidak mengetahui dan memahami dengan jelas mengenai sejarah, budaya, persekitaran dan sebagainya.
Terdapat sebilangan masyarakat terutama remaja atau pelajar yang belum pernah menjejakkan kaki ke Daerah Temburong, tetapi sudah banyak membuat lawatan ke luar negara termasuk ke Eropah.
Sebenarnya usaha menyemai semangat patriotik, cintakan bangsa dan negara tidak akan mantap jika kita tidak mengenali asal usul, sejarah, budaya, cara hidup dan persekitaran kita.
Dalam hal ini kita patut memberikan pendedahan kepada anak-anak mengenai perkara tersebut sejak dari kecil lagi. Biarlah mereka mengenali bangsa dan negaranya dan berterusan mencintainya.
Ketika ini para pelajar sedang menjalani cuti penggal akhir persekolahan. Masa yang terluang itu perlu diisikan dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan boleh mendatangkan manfaat.
Jadi daripada membuang masa asyik menonton televisyen, melayari internet atau ronda di 'shopping complex' maka adalah lebih baik mengajak kawan-kawan untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di negara ini.
Ibu bapa juga sebaiknya menyusun program dan aktiviti untuk mengisi masa percutian anak-anak mereka. Antaranya ialah membuat lawatan di dalam negeri atau berkelah ke pantai-pantai, tasik-tasik atau taman-taman rekreasi yang terdapat di negara ini.
Di samping dapat berehat dan bersantai melepaskan lelah setelah penat bekerja atau belajar, anak-anak juga akan dapat menimba pengalaman baru. Pada masa yang sama ia juga akan dapat memupuk kemesraan dalam kehidupan berkeluarga.
PAKEJ
Sebilangan masyarakat kita tidak terdedah atau mengetahui terdapatnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negara ini. Ada juga di antaranya yang tidak mengetahui cara untuk sampai ke tempat tersebut termasuk kemudahan-kemudahan asas yang disediakan.
Mungkin sudah samapai masanya ada pengusaha atau syarikat yang memperkenalkan pakej pelancongan dalam negeri terutama pada musim cuti persekolahan. Umpamanya pakej secara terancang yang menyediakan kenderaan sama ada kereta, bas atau perahu untuk sampai ke tempat-tempat yang agak susah didatangi.
Kemudahan lain termasuk tempat penginapan, perkhemahan dan seumpamanya juga patut disediakan oleh pengusaha yang terlibat. Selain dari itu pengusaha juga patut menyediakan pelbagai aktiviti dan kegiatan menarik kepada pelawat sepanjang berada di tempat-tempat berkenaan.
Jika usaha seperti ini dimulai secara terancang dengan melibatkan pihak sekolah, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat, ibu bapa dan sebagainya, maka kita percaya usaha tersebut akan dapat dimajukan.
Tentu sahaja pihak sekolah boleh menyusun program sambil belajar dengan mengadakan lawatan atau menginap secara berkumpulan di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Begitu jugalah halnya dengan pertubuhan-pertubuhan, pelbagai aktiviti berfeadah juga boleh dirancang.
Bagi agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat pula mereka boleh mengadakan 'retreat' untuk merangka dasar dan rancangan-rancangan bagi organisasi mereka di tempat yang tenang dan jauh dari kesibukan kota.
Kita mengharapkan ada pengusaha yang akan tampil dan memperkenalkan pakej sedemikian. Kata orang 'belum dicuba belum tahu', yang penting orang kitani perlu berani mencuba.
Kita yakin pakej sedemikian akan mendapat sambutan menggalakkan asalkan pengusaha dapat mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti menarik kepada rombongan yang menyertainya.
Antara aktiviti yang perlu diperkenalkan termasuklah menjelajah hutan dan bukit-bukau, aktiviti memburu atau menangkap binatang, aktiviti memancing atau menangkap ikan, mandi-manda di tasik atau air terjun.
Apa yang juga perlu diselitkan ialah aktiviti berbentuk kesenian dan tradisi masyarakat kampung. Rombongan juga boleh dibawa menyertai aktiviti mengetam padi pada musim menuai.
Pakej itu juga perlu memasukkan aktiviti permainan tradisional seperti permainan gasing, mainan congkak, kuit dan lain-lain. Begitulah juga halnya dengan lagu-lagu dan peralatan muzik tradisional termasuk kerja-kerja anyaman dan pertukangan.
Satu lagi aktiviti yang boleh diperkenalkan ialah mencari sayur-sayuran atau umbut dari hasil hutan yang kemudian digulai secara tradisional untuk dimakan bersama oleh peserta rombongan.
Aktiviti dan pengalaman sedemikian tentunya akan dapat menarik minat mereka yang belum pernah mengalaminya. Ia perlu didedahkan kepada para belia dan para pelajar di negara ini.

Isnin, 25 Mei 2009

Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (Bahas)

Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (Bahas)
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.
Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.
Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan.
Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.
Sekian sahaja, terima kasih.

Gejala sosial di kalangan remaja pada hari ini

Gejala sosial di kalangan remaja pada hari ini

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.
Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?
Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Teknik Memperbaiki Disiplin Bilik Darjah

11 Teknik Memperbaiki Disiplin Bilik Darjah

1. Berfokus
Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran.
Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar
Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa.
Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru.
2. Instruksi Secara Langsung
Ketidakpastian meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran dalam bilik darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan.
Guru boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh melakukan aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk pelajar berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain. Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana ia tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar juga menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang masa bebas untuk pelajar.
3. Pemantauan
Kunci kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah. Semasa murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa kemajuannya.
Guru yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar telah bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar, dan memberi pengajaran bersifat individu.
Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama.
4. Teladan
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar.
Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut apabila ia menolong pelajar secara individu.
5. Isyarat Bukan Lisan
Untuk mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan isyarat bukan lisan seperti liceng atas meja, suis lampu, atau 'clickers'.
Isyarat bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan - apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan.
Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih.
6. Kawalan Persekitaran
Sebuah bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran.
Pelajar muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan item-item peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahan-bahan mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan perbualan antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid, semakin kurangnya masalah disiplin.
Walaupun bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga sudut yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang hiasan untuk menjalankan kerja-kerja sendiri.
7. Interversi Berprofail Rendah
Kebanyakan pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian boleh dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap.
Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan sentiasa rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu.
Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai 6 biji rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan Ado?" Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap atau menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar lain tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo.
8. Disiplin Asertif
Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsistennya.
9. Mesej-Saya yang Asertif
Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah disiplin.
Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik.
Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'.
Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan menjawab dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan salah saya...'; 'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid.
10. Mesej-Saya yang Humanistik
Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'. Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.'
Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu!
11. Disiplin Positif
Gunakan peraturuan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada 'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang bergaduh'.
Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan.
Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman, anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah laku yang baik

Faedah-faedah Telifon Bimbit

FAEDAH-FAEDAH TELIFON BIMBIT

Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi sejenis alat komunikasi yang digunakan oleh orang ramai. Harga seunit telefon bimbit di pasaran dan kos penggunaan bulanannya tidaklah begitu mahal. Akibatnya, banyak orang yang dapat menggunakan kemudahan alat komunikasi yang unik ini. Jika diteliti, telefon bimbit memang membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat mas a kini.
Dari segi perhubungan, seseorang pemilik telefon bimbit dapat menghubungi seseorang walau di mana dia berada. Sebelum terciptanya telefon bimbit, mereka yang keluar dari rumah terpaksa mencari telefon awam jika perlu menghubungi seseorang. Ada kalanya telefon awam didapati rosak. Dengan adanya telefon bimbit, si pemilik tidak perlu berbuat demikian lagi.
Sebaliknya, orang lain juga dapat menghubungi si pemilik telefon bimbit walaupun di mana sahaja dia berada. Dengan kata lain, apabila berlakunya sebarang kes kecemasan, peluang untuk seseorang menghubungi si pemilik telefon bimbit adalah tinggi. Seseorang pemandu yang keretanya rosak umpamanya dapat menghubungi rakannya di tengah-tengah jalan untuk mendapatkan bantuan. Hal yang sedemikian tidak berlaku sebelum terciptanya telefon bimbit.
Dalam bidang perniagaan, telefon bimbit memainkan peranan yang sangat penting. Peniaga dapat menghubungi pelanggannya dengan pantas dan mudah. Begitu juga apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan dengan pantas. Cara komunikasi dua hala yang berkesan ini menyebabkan bidang pemiagaan seperti insurans, penjualan terus, perkhidmatan pengangkutan, dan bidang-bidang perniagaan lain berkembang maju.
Secara keseluruhannya, penggunaan telefon bimbit telah menukarkan cara komunikasi manusia masa kini yang sibuk. Dalam apa jua keadaan sekalipun, telefon bmbit telah memudahkan corak komunikasi di kalangan semua lapisan masyaakat, tidak kira untuk tujuan apa sekalipun.

Pengaruh budaya Asing Dikalangan Remaja Hari ini

PENGARUH BUDAYA ASING DIKALANGAN REMAJA HARI INI.
BINCANGKAN

Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan puak. Oleh itu, setiap masyarakat perlulah menerima budaya nasional sebagai warisan demi memupuk semangat muhibah dan bersatu padu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan remaja hari ini lebih mengenali budaya asing daripada budaya tempatan. Pembawaan konsep budaya kuning am at ketara di kalangan remaja kita. Tarian disko dan muzik 'rock' mendapat temp at di hati remaja berbanding dengan tarian inang, zapin, makyung dan lagu-Iagu Melayu asli yang lain. Berapa ramaikah di kalangan remaja hari ini yang tahu menari inang atau menyanyikan lagu dondang sayang dengan baik?
Sebenarnya, para remaja bebas mengamalkan atau mempelajari budaya semua kaum. Yang menjadi masalah ialah kebanyakan budaya asing terutama sekali budaya Barat itu bertentangan dengan nilai-nilai murni bangsa kita yang berhemah tinggi dan bersopan santun. lni termasuklah pakaian yang menjolok mata, fesyen ram but ala 'punk', muzik 'rock' yang memekakkan telinga dan pengaruh pergaulan yang terlalu bebas hingga melampaui batas susila orang-orang Timur.
Sebagai remaja yang bakal memimpin negara pada masa akan datang, kita perlulah sensitif terhadap budaya kita sendiri. Budaya nasional merupakan lambang perpaduan dan keutuhan peribadi setiap rakyat Negara Brunei Darussalam. Generasi mud a harus lebih mengenali budaya tempatan supaya tidak hilang ditelan zaman.
Hakikatnya, kita boleh mencontohi adat resam atau kebudayaan sesebuah negara itu tetapi kit a mestilah pandai menyesuaikannya dengan keadaan di tempat sendiri. Dengan ini bangsa kita akan tetap dihorrnati kerana mempunyai identiti yang tersendiri.

Sabtu, 16 Mei 2009

Peribahahasa Tahun Lapan

Peribahasa Menengah 2
Simpulan Bahasa
1.Akal Kancil
Ertinya: Orang yg cerdik.
2.Alas Perut
Ertinya: Makanan sedikit sebelum mendapat makanan yg lebih mengenyangkan.
3.Ambil Ringan
Ertinya: Kurang mengambil perhatian terhadap sesuatu perkara.
4.Anak Angkat
Ertinya: Anak org lain yg dipelihara sebagai anak sendiiri.
5.Anak Buah
Ertinya: Orang yg di bawah jagaan seorang ketua.
6.Anak Tut
Ertinya: Anak yg diambil dan dipelihara seperti anak sendiri.
7.Anak Mata
Ertinya: Orang yg sangat dikasihi.
8.Ayam Tambatan
Ertinya: Org yg menjadi harapan satu2 kumpulan kerana kepandaiannya dan kegagahannya.
9.Bapa Ayam
Ertinya: Suami yg mls ataupun tidak bertanggungjawab terhadap rumah tangganya.
10.Bau-Bau Bacang
Ertinya: Pertalian persaudaraan yg agak jauh sedikit daripada kita.
11.Batu Api
Ertinya: Orang yg suka menghasut atau ; fitnah atau hasutan yg digunakan utk membangkitkan kemarahan yg boleh membawa pergaduhan antara dua belah pihak.
12.Bahasa Kesat
Ertinya: Bahasa kasar yg digunakan dlm percakapan atau pertuturan yg menyakitkan hati org lain apabila mendengar atau membaca.
13.Bahasa pasar
Ertinya: Bahasa yg digunakan dlm pertuturan sehari-hari yg tidak betul nahu atau susunan ayatnya.
14.Bekas tangan
Ertinya: Hasil tangan seseorang.
15.Beri Jalan
Ertinya: Memberi nasihat atau buah fikiran atau memberi peluang.
16.Beri Muka
Ertinya: Memanjakan seseorang dengan membiarkannya membuat sesuka hatinya.
17.Bertegang Urat
Ertinya: Berlawan ckp kerana hendak menegakkan pendapat masing2.
18.Bendera Putih
Ertinya: Tanda menyerah diri atau mengaku kalah .
19.Bintang Terang
Ertinya: Beruah atau bernasib baik.
20.Bulat Hati
Ertinya: Keputusan dan fikiran yg mutlamat mengenai sesuatu perkara.
21.Dalam Tangan
Ertinya: Sudah pasti dapat.
22.Duit Teh
Ertinya: Wang sogokan atau rasuah.
23.Gelap Mata
Ertinya: Mengamu sebab terlalu marah atau hilang fikiran.
24.Gila-Gila Bahasa
Ertinya: Kurang waras fikirannya atau berkelakuan kasar atau tidak senonoh.
25.Hati Batu
Ertinya: Degil atau tidak mempunyai belas kashihan.
26.Hidung Belang
Ertinya: Lelaki yg suka mengganggu atau menggoda perempuan.
27.Hidung Tinggi
Ertinya: Sombong atau angkuh.
28.Ikat Perut
Ertinya: Menahan lapar kerana berjimat atau tidak mampu membeli.
29.Iri Hati
Ertinya: Cemburu atau dengki.
30.Kaki ayam
Ertinya: Org yg tidak memakai kasut ketika berjalan.
31.Kaki Botol
Ertinya: Org yg suka minum-minuman keras.
32.Kepala Angin
Ertinya: i)Org yg kdg2 baik,kdg2 jadi marah.
ii)Org yg tidak tetap perangainya.
33.Keras hati
Ertinya: Seseorang yg tidak mahu mengikut kata ataupun nasihat org lain.
34.Khabar Angin
Ertinya: Khabar yg belum tentu betulnya.
35.Lepas Tangan
Ertinya: i)Tidak mahu mengambil tahu.
ii)Tidak mahu bertanggungjawab dlm sesuatu perkara.
36.Makan suap
Ertinya: i. menerima rasuah.
ii.Menerima wang secara haram sebagai upah kerana membuat sesuatukerja.
37.Mandi peluh
Ertinya: Bekerja kuat atau dengan sepenuh tenaga.
38.Membabi buta
Ertinya: Melakukan sesuatu dengan tidak berfikir dahului.
39.Minta diri
Ertinya: Minta kebenaran hendak pulang atau keluar dari sesuatu majlis.
40.Mulut tempayan
Ertinya: Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
41.Neraka dunia
Ertinya: Keadaan hidup yang amat susah atau azab.
42.Otak cair
Ertinya: Orang yang sangat cerdik atau cepat menerima pelajaran yang diajarkan kepadanya.
43.Pasang jerat.
Ertinya: Menjual sesuatu barang dengan kadar harga yang tinggi kerana mengetahui orang berkenaan amat memerlukan barang itu.
44.Putih mata
Ertinya: i. Kecewa kerana sesuatu perkara ataupun benda yang sangat dikehendaki tidak dapat dimiliki.
45.Tahan hati
Ertinya: Sabar
46.Tahi judi
Ertinya: Orang yang suka bermain judi.
47.Talam dua muka
Ertinya: Orang yang mencari keuntungan dengan beebuat baik di antara dua pihak yang bermusuhan.
48.Tak Kering gusi
Ertinya: Sentiasa ketawa kerana sesuatu sebab yang sangat menggelikan hati.


Perumpamaan

1.Air Yang Penuh Di Dalam Tong Itu Tidak Akan Berkocak
Ertinya: Org yg byk ilmu pengetahuan tidak suka bercakap besar atau
membanggakan diri.
2.Bagai Anak Sepat Ketohoran
Ertinya: Berbaring-baring atau bermalas-malas sahaja di rumah org lain.
3.Bagai Aur Ditarik Songsang
Ertinya: Amat susah menyempurnakan sesuatu pekerjaan yg kurang
sempurna atau kurang teratur.
4.Bagai Bulan Dipagar Bintang
Ertinya: i)Seseorang yg jelita akan bertambah kejelitaannya apabila
berada dlm sesuatu majlis yg terdiri daripada orang-orang yg
cantik belaka.
ii)Kecantikkan seornag gadis yg tiada bandingannya.
5.Bagai Berludah Ke Langit
Ertinya: Seseorang yg melakukan sesuatu perkara yg tidak baik,
perbuatannya itu akan memalukan dirinya sendiri.
6.Bagai Acuan Begitulah Kuihnya
Ertinya: Seseorang itu akan mengikut perangai ibu bapanya.
7.Bagai Dakwat Dengan Kertas
Ertinya: Sepasang kekasih atau suami ister yg tidak berpisah walaupun
ke mana mereka pergi.
8.Bagai Dihiris Dengan Sembilu
Ertinya: Perihal hati seseorang yg terlalu sakit,pedih dan sedih.
9.Bagai Gelombang Dua Belas
Ertinya: Kehebatan langkah seorang pendekar.
10.Bagai Haruan Dalam Lukah
Ertinya: Keadaannya tidak tetap kerana sakit atau susah.
11.Bagai Kelip-Kelip Terbang Malam
Ertinya: Sesuatu rahsia yg tidak dpt disembunyikan.
12.Bagai Kunyit Dengan Kapur
Ertinya: Sesuatu perbuatan yg menjadi serta merta lagi mujarab.
13.Bagai Kunyit Di Hujung Telunjuk
Ertinya: Org yg dipandang ringan oleh org lain sebab tidak kena
mengena dengan mereka.
14.Bagai Langau Mengerumuni Bangkai
Ertinya: Beberapa org lelaki yg berhimpun di rumah perempuan yg
jahat perangainya.
15.Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Ertinya: i)Diperlukan dengan sangat hati2.
ii)Memelihara anak dgn penuh kasih-sayang.
16.Bagai Pungguk rindukan Bulan
Ertinya: Keadaan org yg rindukan seseorang yg sangat mengharapkan
sesuatu tetapi iatidak dpt memperolehi apa yg dihajatinya.
17.Bagai Si Buta Baru Celik
Ertinya: Org yg susah kehidupannya, apabila ia mendapat kemuliaan
atau kesenangan maka dia menjadi sombong dan mengada-
ngada.
18.Bagai Tikus jatuh Ke Beras
Ertinya: Mendapat kesenangan atau kemewahan yg tidak dikhabarkan kepada org lain.
19.Ibarat Mengajar Itik Berenang
Ertinya: mengajar seseorang yg sudah pandai dlm sesuatu bidang
adalah sia-sia sahaja.
20.Seperti Abu Di atas Tunggul.
Ertinya: Kedudukan yg tidak terjamin dgn senang sahaja boleh
disingkirkan.
21.Seperti Api Dalam Sekam
Ertinya: Perihal perbuatan jahat yg desembunyikan atau dilakukan secara diam-diam.
22.Seperti Belut Pulang Ke Lumpur
Ertinya: Org yg telah pulang ke tempat asalnya sukar akan merantau
lagi.
23.Seperti Gergaji Dua Mata
Ertinya: Seseorang yg menjadi org tengah dan mendapat keuntungan
daripada kedua-dua belah pihak yg bermusuhan.
24.Seperti Gunting Makan Di Hujung
Ertinya: i)Seseoran yg bijaksana dlm mengeluarkan kata-kata yg pedas
tetapi tidak meresap oleh org lain.
ii)Org yg melakukan sesuatu perkara secara diam-diam.
25.Seperti Hujan Jatuh Ke Pasir
Ertinya: Pemberian atau nasihat yg tidak mendatangkan apa-apa kesan
atau tidak dihargai.
26.Seperti Ikan Kena Tuba
Ertinya: Ramai org yg sakit atau meninggal dunia di dlm sesebuah kampung atau negeri.
27.Bagai Isi Dengan Kuku
Ertinya: Persahabatan yg sgt karib.
28.Seperti Kaca Terhempas Ke Batu
Ertinya: Perasaan hati yg remuk kerana terlalu berdukacita.
29.Seperti Langit Dengan Bumi
Ertinya: Banyak sekali perbezaannya.
30.Seperti Lebah, Mulut Membawa Madu, Ekor Membawa Sengat
Ertinya: Seseorang perempuan yg elok parasnya dan manis tutur katanya tetapi kelakuannya jahat.
31.Seperti Mencurahkan Garam Ke Laut
Ertinya: i)Berbudi kepada org kaya tidak nampak hasilnya.
ii)Membuat sesuatu perkara yg sia-sia.
32.Seperti Sutera Dalam Lukisan
Ertinya: Sesuatu yg baik yg beroleh tempat yg baik juga.
33.Seperti Tanduk Bersendikan Gading
Ertinya: Sepasang kekasih yg sama cantik kalau disatukan kelak akan menjadi pasangan yang lebih cantik.
34.Umpama Mendukung Biawak Hidup
Ertinya: i)Sengaja membuat sesuatu perkara yg menyusahkan diri ; padahal perkara itu tidak mendatangkan faedah.
ii)Sengaja mengajarkan sesuatu pekerjaan yg menyusahkan diri sendiri.

PERAMBAHAN BRUNEI

1.Akal mempurung
Ertinya: Kanak-kanak yg biasanya lelaki yg culas terutama
dlm pekerjaan, leceh dan mentah fikiran.
2.Ampar Kajang
Ertinya: Org yg terjatuh terlentang akibat pukulan atau
serangan deras daripada lawannya.
3.Anak bungsu
Ertinya: Anak yg penghabisan.
4.Angkut-angkut semut
Ertinya: Membuat kerja dgn perlahan.
5.Banyak tangan
Ertinya: Lebih daripada seorang yg menggunakan atau
membuat sesuatu.
6.Bakulat-kulat
Ertinya: Sentiasa berdiam diri di suatu tempat.
7.Babuyah tangga
Ertinya: datang berkali-kali utk menagih hutang tetapi tidak
berhasil.
8.Cacah cabur
Ertinya: Perbuatan yg malar.
9.Caradiknya mcm buratak nasi
Ertinya: Percakapan yg tidak putus-putus.
10.Galak rasa
Ertinya: Tidak sedap badan atau berasa segan.
11.(H)itam baculik
Ertinya: Keadaan yg gelap.
12.Iski (h)ati
Ertinya: Gembira,riang atau suka.
13.Jahat Mulut
Ertinya: Kasar Bahasa.
14.Kuat (h)ati
Ertinya: Kemahuan yg tinggi.
15.Kurang periksa
Ertinya: kurang pasti.
16.Luak pekak
Ertinya: pucat lesu
17.Macam bara pecah di tambak
Ertinya: Keadaan yang riuh -rendah menjadi sunyi apabila orang yang disengani atau ditakuti hadir.
18.Malu-malu asam
Ertinya: Malu sedikit
19.Mandi itik
Ertinya: Mandi yang bergegas-gegas sehingga seluuh badan tidak basah.
20.Mendengar tungkat gelagar
Ertinya: Percakapan yang ditakuti akan didengar oleh orang.
21.Mengayam bini
Ertinya: Merendah diri apabila berada ditempat orang.
22.Mengayam (h)utan
Ertinya: Orang yang tidak suka bergaul dan apabila berjumpa orang, dia akan melarikan diri.
23.Masin lidah
Ertinya: Cakap (nasihat, pendapat dan sebagainya) yang selalu diterima orang.
24.Mati akal
Ertinya: Hilang fikiran lerana kesuntukan masa untuk berfikir.
25.Mati buragan
Ertinya: Ertinya: Mati yang tebiar.
26.Pacah-pacah bigi
Ertinya: Tidak lancar ketika membaca.
27.Panas tangan
Ertinya: Tidak dapat berjimat cermat walaupun mempunyai pendapatan yang lumayan.
28.Puah mata
Ertinya: Mudah menangis.
29.Rebah rimpah
Ertinya: Jatuh bangun ketika berlari dalam keadaan kelam-kabut.
30.Seangkat-angkat (h)ati
Ertinya: Memberi sesuatu dengan seikhlas hati.
31.Sajuk tangan
Ertinya: Senang mendapat rezeki.
32.Seperdian kuyuk
Ertinya: Adik-beradik seibu tetapi berlainan bapa.
33.Singap tunggal
Ertinya: Keadaan yang terlalu teruk(sakit, letih).
34.Turun-turun ayam
Ertinya: Membuat sesuatu kerja dengan tidak ada persediaan.
35.Ular lundung
Ertinya: Tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata mengharapkan belas kesihan daripada orang lain, orang yang malas.
36.Yatim junjungan
Ertinya: Orang yang kematian ibu bapa sejak lahir.


Pepatah

1.Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan adat

2.Adat juara kalah menang

3.Adat lama pusaka usang

4.Adat muda menanggung rindu

5.Adat tua menahan regam

6.Biar penat badan asalkan hati senang

7.Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

8.Di mana bumi dipijak, di sana langit dijumjumh

9.Elok kata dalam maufakat, buruk kata di luar maufakat

10.Gajah mati, tulang setimbun

11.Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama

12.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

13. Hilang adat tegal maufakat

14.Hidup segan mati tak mau

15. Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis

16.Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

17.Melentur buluh(rebung)biarlah dari rebung

18.Menahan tebu di tepi bibir

19.Sesat di hujung jalan, balik ke panggal jalan.

Budaya Membaca Harus Disemai

Budaya membaca harus disemai

MEMBACA buku bukan sahaja bertujuan untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan kita terhadap pelbagai perkara atau kejadian tetapi ia merupakan tabiat yang patut diamalkan bagi memantapkan tahap ilmu pengetahuan dan minda kita.
Setentunya membaca buku bagi semua golongan tidak kira tua, muda mahupun di peringkat kanak-kanak lagi perlu ditanamkan agar kita tidak ketinggalan mengetahui apa-apa jua kejadian yang berlaku di luar sana. Tanpa membaca hidup kita seperti kehilangan arah dan punca. Ini kerana membaca bukan sahaja untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tetapi dengan rajinnya kita membaca bahan bacaan dapat memperkasa bangsa bagi sesebuah negara itu sendiri.
Sesungguhnya jika kita menanamkan tabiat suka membaca dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita meningkat dewasa ia dapat menjadi ikutan oleh anak-anak kita sendiri. Ini bukan sahaja menolong mereka mencapai pendidikan yang lebih baik tetapi ia turut menyuntik semangat rajin membaca bagi mereka sendiri. Bangsa yang berilmu pengetahuan bukan sahaja dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara tetapi dengan kepandaian atau kepintaran bangsa itu sendiri dapat memasyhurkan sesebuah negara di mata dunia.
Sesebuah negara perlu berlumba-lumba untuk menjadikan anak bangsanya menjadi bangsa yang mantap bukan sahaja dari segi ekonomi atau sosial tetapi dari segi kepintaran mengutarakan apa-apa jua pendapat mahupun perbincangan bersama-sama dengan bangsa-bangsa asing.
Di Negara Brunei Darussalam setentunya kita patut bersyukur kerana diberikan pelbagai kemudahan untuk menarik bangsa kita rajin membaca. Contohnya bagi murid-murid sekolah rendah telah diadakan beberapa pertandingan seperti Peraduan Mari Bercerita di mana seseorang murid itu diminta untuk bercerita. Bayangkan jika murid itu tidak lancar membaca tentu akan menyukarkan pertandingan yang disertainya. Bahkan peraduan seperti ini membolehkan seseorang murid itu menjadi berani kerana mampu berhadapan dengan para penonton.
Tidak ketinggalan, Dewan Bahasa dan Pustaka juga memainkan peranan yang penting dalam sama-sama mempengaruhi rakyat negara ini untuk menanamkan tabiat rajin membaca. Walaupun negara kita begitu maju dengan perkembangan teknologi maklumat tetapi bagi golongan tua pula membaca bahan-bahan bacaan seperti akhbar Pelita Brunei, Media Permata ataupun akhbar-akhbar luar negara yang masih merupakan pilihan utama mereka untuk sama-sama mengetahui kejadian-kejadian yang berlaku di luar negara.
Jadikanlah amalan membaca sebagai tabiat yang patut kita semai. Dengan membaca juga boleh menjadikan bangsa itu kukuh. Jika bangsa itu pincang, akan rosaklah keharmonian sesebuah negara itu. Apa yang perlu kita tekankan juga ialah bahan-bahan bacaan yang kita baca hendaklah menjurus kepada bahan-bahan yang berfaedah dan bermanfaat.
Contohnya jika kita rajin membaca bahan-bahan berbentuk keagamaan sudah setentunya akan meningkatkan lagi pengetahuan kita mengenai apa jua kemusykilan agama yang kita hadapi, di samping memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Dari itu sama-samalah kita mendidik diri kita agar sentiasa mengamalkan tabiat suka membaca, kerana begitu banyaknya faedah yang kita dapat melalui bahan-bahan bacaan yang kita baca.

Kepentingan Komputer

KEPENTINGAN KOMPUTER MASA KINI

Semakin hari, Cabaran teknologi maklumat memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan. Oleh itu, penggunaan komputer di kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam termasuklah kanak¬kanak, remaja, golongan dewasa, dan golongan tua amat penting. Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat, menganalisis maklumat, dan mengeluarkannya apabila diperlukan.
Komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Kanak¬kanak perlu mahir menggunakan komputer sejak kecil lagi agar mereka dapat membudayakan ilmu teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Kempen kerajaan 'Satu Rumah, Satu Komputer' memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran mereka.
Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh kanak-kanak ataupun murid sekolah amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat melayari internet untuk memperoleh bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini menyebabkan mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran mereka lantaran adanya kemudahan sumber maklumat daripada komputer.
Kanak-kanak juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan komputer sambil berhibur. Malahan mereka dapat melukis gambar dengan menggunakan komputer sekali gus meningkatkan minat kanak-kanak terhadap perisian komputer. Namun, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka semasa menggunakan komputer khususnya semasa penggunaan internet agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Kesimpulannya, kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, dan mudah. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer.




ILMU PENGETAHUAN ITU LEBIH BERGUNA DARIPADA KEKAYAAN

Kata para bijak pandai, ilmu pengetahuan adalah harta yang tinggi nilainya, boleh dibawa ke sana ke mari dengan mudahnya, tidak perlu dijaga seperti menjaga harta, mudah disimpan di dalam otak dan tidak boleh dicuri orang. Ia mudah digunakan bila diperlukan.
Katakanlah ada seorang hartawan yang kaya raya. Beliau memiliki beberapa buah bangunan yang besar-besar. Beliau menghantar semua anak-anaknya belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apabila anak-anaknya tamat dalam pengajian mereka dengan jayanya dan beroleh ilmu pengetahuan mereka ini dapat menambah harta keluarganya.
Sebaliknya jika hartawan ini tidak membekalkan anak-anaknya dengan ilmu pengetahuan, anak-anaknya tidak akan dapat menambahkan harta kekayaan keluarganya. Mereka hanya pandai menghabiskan harta itu. Apabila hartaitu sudah habis mereka tidak pandai mencari harta yang baharu sebab mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan lebih penting daripada hari kekayaan.
Bila kita pergi ke satu tempat dengan berbekalkan ilmu pengetahuan hidup kita akan selamat. Orang akan memerlukan kita jika ilmu kita itu diperlukan orang. Kita tidak mudah ditipu orang. Selain daripada itu kit a boleh menjadi terkenal dan dihormati sekiranya kita memiliki ilmu yang tinggi. Berlainan dengan harta. Kalau kita bawa ke satu tempat banyak masalah dan kesusahan yang akan kita tempuhi. Kita sentiasa .takut atau bimbang harta itu akan dicuri orang.
Dengan ilmu pengetahuan, kita boleh mencorakkan dan mengerakkan masyarakat ke arah kemajuan. Maju masyarakat majulah negara. Berlainan dengan harta. Harta hanya dapat dinikmati dalam jangka masa yang singkat sahaja jika si pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan. Sedangkan ilmu pengetahuan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Kerana itu saya memilih ilmu pengetahuan lebih utama daripada harta kekayaan.

Format Kertas 1

FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU: KARANGAN
1. Kertas ini mengandungi dua soalan, iaiatu Soalan 1 dan Soalan 2. Soalan 1 mengandungi dua soalan, iaitu Soalan 1 (a) dan Soalan 1 (b).
2. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan. Bagi Soalan 1, calon boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b). Bagi Soalan 2, calon wajib menjawabnya.
3. Panjang setiap karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
4. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan ialah satu jam.
Bentuk Soalan
1. Ada dua jenis karangan yang diuji, iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat.
2. Karangan berformat ialah
a. surat kiriman tidak rasmi
b. surat kiriman rasmi
c. dialog
d. syarahan
e. ucapan
f. laporan
g. berita
h. catatan harian
i. perbahasan
3. Karangan tidak berformat ialah
a. cerita
b. melengkapkan cerita
c. keperihalan/gambaran
d. fakta
e. autobiografi
f. biografi
4. Karangan berformat ialah karangan yang mesti ditulis mengikut cara tertentu. Karangan berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan markah.
i. Format surat kiriman tidak rasmi
a. Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah atas bahagian kanan surat.
b. Tarikh surat hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim.
c. Tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya karangan dimulai dengan pendahuluan surat. Contohnya,
Ke hadapan saudara Amri yang kini berada di Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat.
d. Ada ganti nama diri. Contohnya, Saudara/Saudari
e. Surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim.
ii. Format surat kiriman rasmi
a. Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat.
b. Garisan memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirim.
c. Alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang.
d. Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris barisan akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar kesemuanya.
e. Ada ganti nama diri. Contohnya, Tuan/Puan,
f. Ada tajuk surat
g. Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor. Perenggan yang berikutnya hendaklah ditandai dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama.
h. Perenggan penutup tidak perlu diberi nombor.
i. Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengaan huruf besar. Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya, Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah.
iii. Format Dialog
a. a. Ada nama watak.
b. b. Titik bertindih ditulis selepas nama watak. Contoh, Ahmad: ............
iv. Format syarahan/ucapan/perbahasan
a. Memulai karangan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.
b. Ada ganti nama diri. Contohnya, Sidang hadirin yang dihormati sekalian.
c. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan
v. Format laporan
a. Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan buat garis di bawah.
b. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa/perkara yang dilaporkan.
c. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan.
d. Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah laporan, sebaris dengan “Laporan disediakan oleh,”
vi. Format berita
a. Nama tempat/bandar dengan huruf besar sama ada secara keseluruhan atau di pangkal perkataan.
b. Tanda koma ditulis selepas nama tempat/bandar.
c. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat/bandar.
d. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Contohnya,
KUALA LUMPUR, Isnin -
vii. Format catatan harian
a. Ada tarikh, nama hari dan masa (mengikut kesesuaian). Contoh,
Sabtu
8.00 pagi:
9.00 pagi:
5. Karangan yang tidak berformat adalah karangan yang ditulis tanpa mengikut sesuatu cara yang khusus. Bagaimanapun, penulisan karangan jenis ini juga hendaklah secara pemerengganan.
Pemarkahanhuruf besar kesemuanya.
e. Ada ganti nama diri. Contohnya, Tuan/Puan,
f. Ada tajuk surat
g. Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor. Perenggan yang berikutnya hendaklah ditandai dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama.
h. Perenggan penutup tidak perlu diberi nombor.
i. Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengaan huruf besar. Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya, Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah.
iii. Format Dialog
a. a. Ada nama watak.
b. b. Titik bertindih ditulis selepas nama watak. Contoh, Ahmad: ............
iv. Format syarahan/ucapan/perbahasan
a. Memulai karangan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.
b. Ada ganti nama diri. Contohnya, Sidang hadirin yang dihormati sekalian.
c. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan
v. Format laporan
a. Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan buat garis di bawah.
b. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa/perkara yang dilaporkan.
c. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan.
d. Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah laporan, sebaris dengan “Laporan disediakan oleh,”
vi. Format berita
a. Nama tempat/bandar dengan huruf besar sama ada secara keseluruhan atau di pangkal perkataan.
b. Tanda koma ditulis selepas nama tempat/bandar.
c. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat/bandar.
d. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Contohnya,
KUALA LUMPUR, Isnin -
vii. Format catatan harian
a. Ada tarikh, nama hari dan masa (mengikut kesesuaian). Contoh,
Sabtu
8.00 pagi:
9.00 pagi:
5. Karangan yang tidak berformat adalah karangan yang ditulis tanpa mengikut sesuatu cara yang khusus. Bagaimanapun, penulisan karangan jenis ini juga hendaklah secara pemerengganan.
Pemarkahan

Kesedaran Sivik Kepada Belia

KESEDARAN SIVIK

'Masyarakat perlu menghayati dan mengamalkannya'
KITA masih lagi dalam suasana kemeriahan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-21. Patriotisme rakyat dan penduduk di seluruh negara 'terangsang' oleh suasana, ucapan dan saranan, aktiviti-aktiviti sambutan termasuk promosi-promosi yang begitu hebat di media elektronik dan media cetak.
Sudah banyak yang diucapkan, ditulis dan dipaparkan mengenai semangat 'patriotisme' terutama menjelangnya sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Sememangnya ia patut diulang-ulang agar ia meresap, melekat, sebati dan sentiasa segar dalam jiwa dan raga setiap warga Negara Brunei Darussalam sepanjang masa, bukan hanya terhad semasa sambutannya sahaja.
Ruangan ini telah beberapa kali memfokuskan mengenai semangat patriotisme dan peranan setiap warganegara dalam sama-sama mengekalkan kemakmuran serta mengangkat martabat bangsa dan negara.
FOKUS kali ini akan membicarakan mengenai 'kesedaran sivik' yang mungkin sesetengah orang menganggapnya sedikit lebih kecil dari 'semangat patriotisme' yang bunyinya begitu 'gah' disebut. Sebenarnya kesedaran sivik juga tidak kurang pentingnya malah perlu dimiliki oleh setiap warga kitani.
SIVIK
Dalam Kamus Dewan edisi baru, 'sivik' diberikan pengertian pendek sahaja iaitu 'ilmu tatarakyat'. Sementara dalam Kamus Dwi Bahasa, Inggeris - Melayu (DBP Malaysia), civics memberi makna: Ilmu, bagaimana orang hidup dalam sesuatu masyarakat, hak dan tanggungjawab warganegara; ilmu tatarakyat; sivik.
Jika dilihat pengertiannya secara meluas maka sivik juga menjurus kepada kehidupan berbangsa dan bernegara. Maka kesedaran sivik itu tidak kurang pentingnya malah menjadi pelengkap kepada 'semangat patriotisme' yang sering disebut-sebut itu.
Sejak dari kecil lagi, di rumah secara langsung atau tidak, ibu bapa membentuk anak-anak dengan didikan agama, budaya murni, disiplin dan keolahan diri. Nilai-nilai murni, disiplin dan keolahan diri itu sebenarnya sudah merangsang kesedaran sivik kepada kita.
Di sekolah, pengajaran ilmu tatanegara atau Sivik diajarkan secara lebih formal. Kita diajar bagaimana menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Para pelajar diajar mematuhi peraturan dan undang-undang, disaran untuk sentiasa berbuat baik dan seumpamanya.
Kedua-dua institusi keluarga dan institusi pendidikan sama-sama berperanan dalam membentuk diri kita untuk menjadi insan dan warganegara yang baik. Tinggal lagi, ramai di kalangan masyarakat kitani yang masih kurang 'kesedaran siviknya' atau langsung tidak mempunyai 'civics minded'. Ia berpunca dari sikap tidak menghayati dan mengamalkan didikan dari kedua-dua institusi tersebut.
KEBAIKAN
Kalau sahaja semua orang mempunyai kesedaran sivik maka akan bertambah aman, makmur, sejahtera, harmoni dan selesalah lagi kehidupan kita. Apa tidaknya, orang berkesedaran sivik tahu akan tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan masyarakat sekelilingnya.
Mereka yang berkesedaran sivik tidak akan melakukan perkara-perkara negatif, jauh sekali terlibat dengan gejala-gejala sosial. Mereka akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang baik serta berkebajikan.
Jadi jika ramai orang mempunyai kesedaran sivik maka akan berkuranganlah kes-kes kecurian, perlanggaran undang-undang dan peraturan, perbuatan pemugut, membuang sampah merata-rata, sikap tidak menghormati sesama insan dan seumpamanya.
Apa yang menyedihkan ialah perkara-perkara negatif seperti itu masih berlaku, malah semakin bertambah dalam masyarakat kitani. Takaduhung menyebut 'kesedaran sivik' ini, penulis tidak akan menumpukan kepada kes-kes berat atau jenayah 'skala besar', cukuplah menyebutkan perbuatan dan perlakuan negatif 'skala kecil' sahaja yang cuma memerlukan kesedaran sivik untuk membendungnya.
NEGATIF
Kita sering melihat atau mengetahui melalui media-media massa terdapatnya kecurian peralatan-peralatan daripada besi atau tembaga termasuk milik kerajaan yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Antaranya termasuklah, pintu dan pagar besi, kabel telekom, dawai elektrik, besi penutup lubang dan longkang, papan-papan tanda dan arahan jalan dan seumpamanya.
Besi, dawai dan tembaga tersebut dijual untuk mendapatkan duit secara mudah tanpa menghiraukan kepentingan awam, kerugian kepada kerajaan, di samping membahayakan dan menyusahkan diri mereka sendiri. Perbuatan itu semakin meningkat kerana 'harga besi' ketika ini melambung naik.
Dalam hal ini, para peniaga atau pekedai yang membeli barang-barang terpakai perlu insaf dan mengelak dari membeli barang-barang yang dicuri. Mereka seharusnya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata tetapi perlu mengetahui bahawa 'memiliki, menjual dan membeli' barang curian adalah salah di sisi undang-undang.
Satu lagi perbuatan yang langsung tidak mempunyai 'civics minded' ialah sikap pemugut sebilangan masyarakat kitani. Perbuatan ini termasuk perbuatan merosakkan telefon awam, merosak dan menconteng tandas, dinding-dinding bangunan, perhentian-perhentian bas, memecah cermin, merosakkan taman-taman rekreasi, bunga-bungaan, papan-papan tanda dan lain-lain lagi.
Terdapat juga orang kitani yang tidak mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran, malah ada pula di antaranya yang mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah merata-rata, bukan di tempat pembuangan sampah yang dikhaskan.
Sampah sarap dilonggokkan di belakang bangunan atau dihumban dari kenderaan ke tepi jalan raya. Mereka tidak menghiraukan soal kebersihan dan kecantikan persekitaran kampung dan bandar, jauh sekali memikirkan betapa ia boleh membawa imej yang kurang baik kepada negara.
Di perkampungan air juga sama ceritanya, sebilangan penduduk membuang sampah sarap terus ke sungai meskipun tempat pengumpulan sampah telah disediakan. Walhal kemudahan pengangkutan dan pembuang sampah yang dikontrakkan kepada agensi swasta juga telah disediakan.
Kedua-dua senario di atas cukup menjijikkan mata memandang, baunya yang busuk menusuk hidung dan meloyakan tekak. Itu pun belum cukup menginsafkan mereka betapa kesannya boleh mengakibatkan pelbagai penyakit dan wabak yang akan menjejaskan kesihatan orang ramai.
PERATURAN
Masyarakat kitani juga harus menanamkan kesedaran mengenai perlunya memetuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan orang ramai.
Umpamanya membawa masuk dan menyeludup daging dan ayam dari luar negara yang diragui kehalalannya, membawa dan menyeludup barangan terkawal atau diharamkan seperti minuman keras dan sebagainya.
Semua itu bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam malah boleh menjejaskan ekonomi negara, di samping kemungkinan menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit seperti 'selesema burung' dan lain-lain. Dari tangkapan-tangkapan yang dibuat terdapat juga sebilangan orang kitani yang melakukannya.
Ada juga di kalangan orang kitani yang melindungi pendatang-pendatang tanpa izin untuk terus tinggal dan bekerja di negara ini. Sebilangan lagi menjadi tali barut kepada penjenayah dari luar negeri yang melakukan jenayah seperti rompakan dan curi di negara ini. Mereka menjadi 'penghantar dan penunjuk jalan' ke tempat-tempat yang hendak dirompak.
Perkara seperti ini amat dikesali, ia tidak ubah seperti 'musuh dalam selimut' atau boleh diistilahkan sebagai 'mengkhianati' bangsa dan negara. Apa tidaknya, kestabilan negara akan terancam, manakala keselesaan orang ramai juga akan terjejas.
Untuk membendung kegiatan itu orang ramai perlu kembali kepada ajaran agama dan mengamalkan 'kesedaran sivik' dengan memberikan kerjasama kepada agensi-agensi penguat kuasa undang-undang yang berkaitan. Hubungi dan laporkan kegiatan negatif itu kepada agensi-agensi berkenaan.
PERINGATAN
Dalam sama-sama menginsafi dan membendung perkara tersebut, ada baiknya kita petik nasihat dan peringatan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Hazair, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Muhibah Penerangan bagi Mukim Kuala Belait berlangsung di Dewan Bandaran Kuala Belait baru-baru ini.
Yang Berhormat menekankan, setiap individu dan anggota masyarakat di negara ini tidak seharusnya membebankan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan perkara-perkara yang tidak sewajarnya melalui sikap, perangai dan tindakan serta aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab.
Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, sikap dan perangai itu ialah membiarkan sahaja kegiatan antisosial dan jenayah berlaku di hadapan mata tanpa melaporkan kepada pihak-pihak yang berkuasa atau kita sendiri yang melakukan jenayah dan melanggar undang-undang seperti melindungi pendatang tanpa izin, menyeludup dan menjual minuman keras yang ditegah dan membawa masuk daging yang tidak dapat dipastikan kehalalannya.
"Kita sendiri yang melindungi pendatang-pendatang haram atau menjadi tali barut kepada penjenayah-penjenayah dari luar negeri bagi melakukan jenayah di negara ini; atau kita sendiri atau anak-anak kita sendiri yang menjadi pemugut ke atas harta benda kerajaan termasuk mencuri pagar-pagar besi longkang kerajaan dan tempat awam; atau kita sendiri yang membuang sampah merata tempat; atau kita sendiri yang melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," tegas Yang Berhormat.
Ke arah itu kita semua seharusnya mengelakkan diri dari terlibat atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan 'ajaran agama, etika dan moral' itu.
Akhir kata: Tanamkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat.

Pencemaran Udara

Pencemaran Udara
Merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan indusrti secara jelas kita dapat perhatikan pelepasan asap2 kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan2 pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu.
• penyebab pencemaran udara adalah adanya zat kimia di udara yang melampaui ambang batas
• sumber pencemaran udara antara lain:
o kendaraan bermotor
o kegiatan industri
o sampah padat
o penggunaan berbagai bahan kimia
o kebakaran hutan, letusan gunung berapi
• karbon monoksida
dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari 32 ppm (parts per million, bagian per juta) dapat mengganggu pernapasan
• karbon dioksida
dihasilkan oleh pembakaran BBM, hasil fermentasi letusan vulkanik, pernapasan makhluk hidup
• oksida nitrogen (NO dan NO2)
berasal dari pembakaran kendaraan bermotor dan industri pembangkit listrik
bersifat beracun dan katalis pembangkit kabut
• oksida belerang
o berasal dari pembakaran biji oksida, batu bara yang mengandung belerang
o gas SO2 bersifat racun menyebabkan mata pedih dan radang pada alat pernapasan
o dengan uap air akan membentuk asam sulfat yang mengakibatkan hujan asam
Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang .
Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .
Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan punca kesan rumah hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan punca yang lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal .
Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah tentu terganggu .
Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan pencemar di udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-penyakit peparu seperti barah .

Pencamaran Air

Pencemaran Air
Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor “power plant”. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri.
• air merupakan kebutuhan mutlak yang dibutuhkan oleh semua makhluk hidup
• faktor yang mempengaruhi kualiti air
o oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen)
o Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
o zat padat terlarut
o pH
o suhu
• pencemaran fisika
o ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan
o disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang merupakan polutan terapung maupun polutan tersuspensi seperti tanah, kotoran manusia dan hewan
• pencemaran kimiawi
o disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak
o disebabkan oleh senyawa organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida
o disebabkan oleh buangan industri yang mengandung garam beracun dan tumpahan minyak di laut
• pencemaran fisiologis
o bau dan rasa tidak enak
o disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan
• pencemaran biologi
o disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin

Zat additif makanan
• zat warna
o alami : daun suji, kunyit
o sintetis : kadang bersifat karsinogen
• zat pengawet
o gula atau garam
o untuk makanan kaleng: Na-benzoat, sendawa asam sulfat
o sebagai anti oksidan : BHA (butil hidoksi anisol), BHT (butil hidroksil toluen)
• zat penyedap rasa
o monosodium glutamat
o pemanis : sakarin, dulsin, siklamat (karsinogen)
o essens : amil valerat, etil butirat, amil asetat

Jumaat, 15 Mei 2009

Karangan Laporan

KARANGAN JENIS LAPORAN
1.Karangan jenis laporan merupakan karangan berformat. Oleh itu, anda perlu mengikut ciri-ciri yang terkandung dalam format laporan yang lengkap.

2.Karangan jenis laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa dengan tujuan untuk memberitahu pihak yang berkenaan.

3.Secara amnya, terdapat beberapa jenis laporan, iaitu membuat laporan tentang kegiatan persatuan atau kelab, loparan tentang lawatan sambil belajar, pameran, majlis atau sambutan perayaan, pertunjukan, upacara hari kebesaran, dan sebagainya.

.Tajuk yang dikemukakan dalam peperiksaan, lazimnya meminta anda bertindak sebagai pengerusi persatuan atau kelab, setiausaha jawatankuasa atau pertubuhan yang berkenaan; dan di sini anda diminta menyediakan sebuah laporan yang lengkap berkenaan dengan sesuatu perkara atau aktiviti yang telah dijalankan.

5. Contoh-contoh tajuk karangan jenis laporan:
(a). Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah, anda telah diminta untuk menyediakan sebuah laporan yang lengkap berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang tahun. Tuliskan sebuah laporan yang lengkap untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
(b). Baru-baru ini, Kelab Kaunseling sekolah anda telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Ehsan, Jalan Tutong. Selepas lawatan tersebut, guru kaunseling sekolah meminta anda menyediakan sebuah laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan anda hasil lawatan itu.
(c). Pada minggu yang lalu, sekumpulan pelajar sekolah anda terlibat dalam satu pergaduhan dengan tiga orang pelajar sekolah yang lain di dalam kawasan sekolah anda. Sebagai ketua pengawas, anda diminta untuk menyediakan sebuah laporan tentang kejadian tersebut kepada guru disiplin sekolah. Tuliskan laporan tersebut dengan selengkapnya.
(d). Anda selaku setiausaha jawatankuasa 'Sambutan Hari Guru' sekolah pada tahun ini, anda dikehendaki menyiapkan laporan tentang sambutan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah tahunan sekolah. Sediakan laporan itu selengkapnya.



(A)
Laporan tentang Kegiatan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah St Margaret Seria.
Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini dibentuk pada tahun 1986. Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 360 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sepanjang tahun 2008, persatuan ini menjalankan beberapa kegiatan. Kegiatan-¬kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah pertandingan kuiz antara tingkatan. Kuiz ini dimenangi oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan Tiga ‘A.
Selain itu kami telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperoleh pengetahuan tentang perkembangan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Di samping itu, pada cuti penggal kedua persekolahan, kami turut mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan bersempena dengan Hari Terbuka Sekolah. Pameran ini mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.
Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Hakim Ahmad yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, (C) 15 April 2008 (D)



……………………………………(E)
(MOHD RIZUAN RIZA) (F)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah St. Margaret. (G)
Seria.

(A) Tajuk Laporan (B) Isi Laporan (C) Pengakuan pelapor
(D) Tarikh Laporan (E) Tandatangan Pelapor
(F) Nama Pelapor (Huruf besar) (G) Jawatan Pelapor

Khamis, 14 Mei 2009

Akhlak Yang Mulia

SEMUA mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan ceria terangkum dalamnya. Hal ini dilukiskan dalam sebuah harapan, ‘Rumahku Syurgaku’.

Syurga tidak disediakan Allah untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah.



Pada awal penciptaannya, iblis bapa syaitan tinggal dalam syurga. Disebabakan sikap iblis yang sombong dan bongkak, maka Allah melaknat dan menghalaunya dari syurga berdasarkan firman-Nya bermaksud: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka (manusia) mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.” (Surah al-A'raaf, ayat 18)

Dalam kitab Buyut laa tadkhuluha asy-syayathin (Rumah yang tidak dimasuki syaitan) karangan ulama Asia Barat, Ahmad As-Sayim, menerangkan ada dua kriteria penyebab rumah tidak akan ditembusi syaitan dan tidak akan dirasuk jin iblis.



Kriteria pertama kerana ibadat diamalkan dan aqidah dipegang orang yang berada dalam rumah itu, manakala kedua, kerana akhlak dan perilaku penghuninya. Penghuni rumah itu terdiri daripada orang yang sentiasa menjaga akhlak, kelakuan dan perilaku ketika berinteraksi sesama anggota keluarga, rakan taulan serta jiran tetangga.

Ciri rumah mereka yang menjaga ibadat:

# Penghuni rumah yang sentiasa menyucikan dirinya dan sentiasa ingat kepada Allah, mereka menjaga kesucian badan, membersihkan diri selepas buang air besar atau kecil dengan cara yang betul, tidak membuang air besar di dalam air.

Kebersihan diri menjadi budaya dan sebagai ibadat dalam bentuk mandi kerana hadas besar seperti mandi junub, haid dan nifas, menggosok gigi dengan siwak, memotong kuku, mencukur bulu, merapikan janggut dan lain-lain.

Mereka juga menjaga kebersihan batin. Hatinya suci daripada dendam dan hasad dengki. Lidahnya dijaga supaya tidak menyakiti orang lain serta tidak menuturkan kata kotor dan tidak berfaedah. Fikiran dan lidahnya hanya mengingat dan menyebut Allah sepanjang waktu.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri?” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

# Rumah dipenuhi alunan bacaan al-Quran dan zikrullah. Orang yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah perumpamaan mereka seperti digambarkan dalam firman Allah bermaksud: “Mereka itu ialah : Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakan orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Surah at-Taubah, ayat 112)

# Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.

# Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil riba.

# Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan, tolak ansur, sabar adalah orang yang menjaga silaturahim. Menghubungkan silaturahim wajib mendapat pahala dan memutuskannya haram dan berdosa.

# Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan, kewangan dan apa juga keperluan mereka.

# Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan salihah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.

# Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing. Bukan suami curang dan isteri derhaka.