CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 25 Mei 2009

Faedah-faedah Telifon Bimbit

FAEDAH-FAEDAH TELIFON BIMBIT

Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi sejenis alat komunikasi yang digunakan oleh orang ramai. Harga seunit telefon bimbit di pasaran dan kos penggunaan bulanannya tidaklah begitu mahal. Akibatnya, banyak orang yang dapat menggunakan kemudahan alat komunikasi yang unik ini. Jika diteliti, telefon bimbit memang membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat mas a kini.
Dari segi perhubungan, seseorang pemilik telefon bimbit dapat menghubungi seseorang walau di mana dia berada. Sebelum terciptanya telefon bimbit, mereka yang keluar dari rumah terpaksa mencari telefon awam jika perlu menghubungi seseorang. Ada kalanya telefon awam didapati rosak. Dengan adanya telefon bimbit, si pemilik tidak perlu berbuat demikian lagi.
Sebaliknya, orang lain juga dapat menghubungi si pemilik telefon bimbit walaupun di mana sahaja dia berada. Dengan kata lain, apabila berlakunya sebarang kes kecemasan, peluang untuk seseorang menghubungi si pemilik telefon bimbit adalah tinggi. Seseorang pemandu yang keretanya rosak umpamanya dapat menghubungi rakannya di tengah-tengah jalan untuk mendapatkan bantuan. Hal yang sedemikian tidak berlaku sebelum terciptanya telefon bimbit.
Dalam bidang perniagaan, telefon bimbit memainkan peranan yang sangat penting. Peniaga dapat menghubungi pelanggannya dengan pantas dan mudah. Begitu juga apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan dengan pantas. Cara komunikasi dua hala yang berkesan ini menyebabkan bidang pemiagaan seperti insurans, penjualan terus, perkhidmatan pengangkutan, dan bidang-bidang perniagaan lain berkembang maju.
Secara keseluruhannya, penggunaan telefon bimbit telah menukarkan cara komunikasi manusia masa kini yang sibuk. Dalam apa jua keadaan sekalipun, telefon bmbit telah memudahkan corak komunikasi di kalangan semua lapisan masyaakat, tidak kira untuk tujuan apa sekalipun.